Sudah menjadi kebiasaan pihak pekedai akan menggunakan getah untuk membungkus nasi lemak yang dibungkus menggunakan kertas bungkusan atau daun pisang.

Dalam pada itu, muncul pula trend terbaru di mana pihak pekedai akan menggunakan paku. Malah trend ‘Nasi Paku’ ini dikatakan popular di sekitar Pantai Timur.

Di sebalik membuatkan sesebuah bungkusan nasi tampak unik, siapa sangka trend ini nampaknya telah mengundang bahaya buat orang ramai apabila seorang kanak-kanak dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan gara-gara tertelan paku. Lebih tragis, insiden tersebut berlaku gara-gara kanak-kanak tersebut tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku ini.

Insiden yang berlaku nyata memberi pengajaran kepada orang ramai serta pihak kedai untuk menghentikan penggunaan paku kerana mampu memudaratkan pelbagai pihak.

Selain itu, pihak Twitter Public Health Malaysia turut memaklumkan penggunaan paku adalah tidak disyorkan kerana dikategorikan sebagai food hazard manakala para netizen juga kurang bersetuju dengan trend terbaru ini.

Untuk pengetahuan, para pengguna berpeluang membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang membungkus nasi atau makanan menggunakan paku menerusi tindakan Akta Makanan 1983 dengan melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Diharapkan trend ini dapat dihentikan sekaligus hadir dengan inisiatif dalam menawarkan bungkusan nasi yang lebih selamat untuk dijamah para pengguna.

Ikuti kisah wanita ini yang berjaya menjana sehingga enam angka menerusi Shopee menerusi bisnes beliau yang bermula dengan sekadar hobi.

Bermula Sebagai Hobi, Wanita Ini Tidak Sangka Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee

Keselamatan Bas Dipertikai Kerana Bergerak Senget, Netizen Tampil Beri Penjelasan