Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekitar hujung minggu yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song dengan mengatakan bahawa Malaysia akan menerima ‘akibat’ berikutan isu mengekstradisi seorang warga Korea Utara ke Amerika Syarikat atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Lantaran itu, kenyataan Yu-Song tersebut tidak dipandang enteng oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dilaporkan bahawa ATM kini lebih bersedia dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan negara terutama dari segi pertahanan siber, lapor Harian Metro.

613403

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang

“Kita akan melakukan tinjauan terutama sekali mengenai sistem keselamatan siber dan pasukan kami akan bekerja keras untuk lakukannya dengan terbaik.

“Matlamat ATM hanya satu iaitu memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat tidak kira dari sudut fizikal mahupun siber,” kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pada sidang media selepas Majlis Perasmian Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-16 (TPA M-16), di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, hari ini.

Untuk rekod, berdasarkan laman web Russian Council, Korea Utara dilaporkan sudah sekian lama mempunyai kekuatan tentera siber dengan anggaran jumlah seramai 6,000 hingga 7,000 orang sejak ditubuhkan pada tahun 2000 lalu.

Malah, kekuatan askar siber Korea Utara dipuji oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai tentera siber paling kuat dan efektik di dunia setaraf dengan tentera siber milik Amerika Syarikat, Rusia, China dan Israel.

Difahamkan askar siber Korea Utara terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu Stardust Chollima (mengutamakan serangan penggodaman institusi kewangan), Silent Chollima (serangan terhadap media dan agensi kerajaan, terutama kepada Korea Selatan), Labryinth Chollima (fokus kepada kawalan servis kepintaran teknologi) dan Ricochet Chollima (bertindak untuk mencuri data pengguna).

Diharap Malaysia serta pihak ATM mampu membanteras dan melawan serangan siber atau fizikal yang berkemungkinan akan dihantar oleh Korea Utara berikutan isu politik yang tegang antara kedua-dua buah negara ketika ini.

Sebelum itu, kedutaan Korea Utara sebelum ugut bahawa Malaysia akan terima akibat berikutan isu politik ketika ini.

Malaysia Akan Terima Akibatnya Kata Konsulat Kedutaan Korea Utara

Kerajaan Beri Kedutaan Korea Utara Masa 48 Jam Untuk Keluar Dari Malaysia

‘Malaysia Buat Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan’ – Korea Utara Putus Hubungan Dengan Malaysia

Anda Mungkin Suka