Angkatan Tentera Malaysia dilaporkan turun membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan tanpa menunggu sebarang arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), lapor Free Malaysia Today. Menurut sumber, agensi yang kini dikritik keras oleh rakyat Malaysia disebabkan pengurusan banjir yang huru-hara dikatakan teragak-agak untuk menghantar anggota ATM ke kawasan yang terjejas akibat banjir.

“Ia sampai ke satu tahap, di mana kami (kementerian pertahanan) memutuskan, untuk tidak mempedulikan Nadma,” kata sumber itu kepada Free Malaysia Today. “Air banjir sudah meningkat, kami tidak mahu menunggu lagi.” Disebabkan itu, selepas solat Jumaat, ATM sudah bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menulis di Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada ketua staf Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi mengenai situasi di Klang. Sumber itu berkata Mindef (kementerian pertahanan) juga “muak” dengan Nadma dan kerajaan Selangor.

Sumber itu turut berkata agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis”, mendakwa bahawa tiada seorang pun dari Nadma atau kerajaan negeri Selangor yang memantau media sosial bagi mendapatkan gambaran sebenar dan mesej SOS daripada mangsa. Sumber itu berkata salah seorang dari Mindef “mengamuk” kepada kakitangan Nadma. Dan baru semalam agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan, tambah sumber itu.

Menurut pakar, kejadian bencana alam yang terjadi disebabkan hujan lebat yang turun di Banjaran Titiwangsa sehingga menyebabkan sungai-sungai di sekitar Selangor melimpah. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

Lelaki Ini Teruja Dapat Naik Satu Bot Dengan ‘Abang Viva Viral’ Semasa Beri Bantuan Banjir