Masih ingat permainan Angry Bird dalam telefon bimbit anda? Ia bukanlah apa-apa sangat berbanding dengan apa yang dilakukan oleh pemuda ini, Angry Bird versi live!

Sekumpulan pemuda seramai 30 orang yang menamakan diri mereka sebagai The Flying Frenchies telah meletakkan satu lastik besar (catapult) yang boleh memuatkan seorang rakan mereka di satu tebing tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek ini dinamakan sebagai The Flying Frenchies catapult to base jump, the Angry Bird style.

Projek yang memakan masa selama 3 bulan ini akhirnya berjaya dilaksanakan apabila lastik ini telah berjaya meluncurkan rakan mereka dari tebing tinggi tersebut.

Hasilnya? Jom tonton video ini.

Sumber : The Flying-Frenchies

Ps : Jangan Takut Untuk Terbang Tinggi!

Like page The Vocket di Facebook