Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Baru-baru ini, menjadi buah mulut warganet apabila siri animasi D.O.A yang terkenal di Indonesia memperkenalkan watak baharu iaitu Burik & Gepeng yang mirip karakter Upin & Ipin.

Siri animasi D.O.A ini telah ditayangkan di Indonesia sejak tahun lalu dimana ianya diadaptasi daripada sebuah komik di ruangan komik akhbar Poskota yang terkenal sekitar tahun 80-90 an. Karakter Burik & Gepeng merupakan karakter sampingan yang baru diperkenalkan oleh siri berkenaan. Cuma ianya baharu mendapat respon daripada rakyat Malaysia sejak hujung minggu lalu.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Rata-rata warganet berkata watak Burik & Gepeng kelihatan serupa dengan watak Upin & Ipin dimana menampilkan satu watak botak dan satu watak lagi hanya memiliki sedikit rambut. Perbezaan yang dapat dilihat antara watak Burik & Gepeng dan Upin & Ipin adalah dari segi tona warna dan ketinggian karakter.

View this post on Instagram

Double tap sikit kawan-kawan

A post shared by Upin & Ipin Official Instagram (@upinipinofficial) on

Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet mengenai karakter tersebut. Untuk pengetahuan anda, siri animasi Upin & Ipin mula ditayangkan pada tahun 2007 dan kini sudah lebih 10 tahun usia siri animasi tersebut. Malah, siri animasi Upin & Ipin menjadi rancangan hiburan pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka baik di Malaysia bahkan di Indonesia.

Persengketaan antara Malaysia dan Indonesia seperti tiada penghujungnya apabila berkaitan dengan hal-hal kebudayaan dimana warga Indonesia sering mendakwa sebahagian besar budaya di Malaysia berasal dari Indonesia. Setelah isu karakter Burik & Gepeng meniru karakter Upin & Ipin tular di laman sosial, rata-rata rakyat Malaysia menyerang page Facebook MPIC Animation Studios yang merupakan syarikat penerbitan siri animasi tersebut.

Screenshot 2019-01-15 at 2.32.27 PMScreenshot 2019-01-15 at 3.13.54 PM

Walaubagaimanapun, tiada maklum balas dari Mpic animation studios berhubung perkara tersebut. Pada pandangan anda, adakah karakter Burik & Gepeng mengambil inspirasi dari Upin & Ipin atau sebaliknya?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.