Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan industri filem animasi di Malaysia kian mendapat sambutan dan makin baik hari demi hari. Kita dapat lihat melalui filem dan siri animasi seperti Ejen Ali, Boboiboy, Upin Ipin dan banyak lagi.

Terbaharu, siri animasi Monster Beach yang bakal ditayangkan di kaca TV sebenarnya telah dianimasikan oleh studio di Malaysia. Ditulis dan diterbitkan di Australia, siri ini dianimasikan oleh Inspidea, sebuah studio yang berpengkalan di Malaysia dan pernah menganimasikan beberapa rangkaian animasi original Cartoon Network termasuklah Mighty Magiswords.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2404_toon4
Menurut Lee selaku pengarah urusan Carton Network Asia-Pasifik, juruanimasi dari Malaysia antara yang menjadi rebutan berikutan semangat dan idea kreatif mereka yang tinggi

Menurut Ketua Cartoon Network Asia Pacific, Leslie Lee mengatakan kolaborasi ini merupakan bukti perkembangan dan permintaan animasi Malaysia makin meningkat dan ada juga yang berjaya di Hollywood.

Tambahnya lagi, kejayaan Malaysia dalam industri animasi ini disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation dan National Film Development Corporation Malaysia ketika studio seperti Les ’Copaque, Inspidea dan Animasia baru mula menapak.

Monster Beach ini mengisahkan tentang pengembaraan adik-beradik peluncur ombak, Jan dan Dean yang menikmati musim panas dengan meluangkan masa bergembira di pulau Iki-Iki dan bersantai bersama dengan bapa saudara mereka.

Kehadiran sekumpulan raksasa yang nakal dan suka berseronok membuatkan percutian mereka bertambah meriah. Lalu, mereka mengembara di sekitar pulau untuk mencari dan membongkar misteri peluncur ombak lagenda dan menghalang si jahat dari menceroboh keseronokkan mereka.

Difahamkan, siri animasi Monster Beach akan mula ditayangkan hari ini pada jam 6.30 petang di Cartoon Network, saluran Astro 615 HD atau 635. Malah, episod baru akan ditayangkan pada setiap hujung minggu dan pada waktu yang sama.

Pastinya ini satu perkara yang membanggakan dan baik untuk industri animasi di Malaysia. Jangan lupa saksikan siri animasi Monster Beach hari ini!

Sementara itu, baca artikel berkaitan dengan pencapaian rakyat Malaysia yang mungkin boleh beri inspirasi kepada anda untuk capai kejayaan. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Pelajar PhD Malaysia Ini Bantu Cipta ‘Test Kit’ Kesan COVID-19 Bersama Universiti Oxford

Inspirasi Buat Anak Malaysia, Startup Ini Kuasai 5 Buah Negara Kurang Dari 2 Tahun

Ahli Gusti Berhijab Dari Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

Sumber