Anjing yang setia di Wuhan, China, terus menunggu selama tiga bulan tanpa mengetahui bahawa pemiliknya telah meninggal dunia disebabkan COVID-19.

Haiwan itu awalnya datang ke Hospital Taikang, setelah majikannya, seorang wanita tua, dirawat di sana pada bulan Februari lalu.

Pemiliknya telah dilaporkan meninggal dunia setelah lima hari berada di hospital. Tetapi menurut anggota kakitangan hospital Zhu Youzhen, seekor anjing bernama Xiao Bao (Little Treasure) terus menunggu tuannya di sana selama tiga bulan.

Selama di hospital, anjing jenis Mongrel yang berusia tujuh tahun itu diberi makan oleh kakitangan hospital sehingga perintah ‘lockdown’ dicabut di Wuhan pada 13 April lalu.

Setelah itu, Xiao Bao diambil oleh Wu Cuifen, seorang pekerja yang menguruskan pasar raya di Hospital Taikang. Wu mendedahkan, dia mengenali anjing itu. “Saya kemudian memanggilnya Xiao Bao. Itu namanya,” jelasnya.

Menurut kakitangan hospital, anjing tersebut tidak mengetahui bahawa tuannya sudah lama meninggal dunia dan terus setia menunggu kepulangan tuannya.

“Dia tidak pernah meninggalkan hospital. Kisah ini membuat saya tersentuh kerana dia adalah anjing yang setia,” kata Wu.

Wu berkata setelah memutuskan untuk menjaganya, setiap kali dia membuka kedai, Xiao Bao akan datang dan kemudian menunggu tuannya di hadapan kedainya.

Untuk bacaan lanjut berita mengenai binatang peliharaan ini, klik pautan di bawah.

Diumpan Dengan ‘Nasi Beracun’, 10 Ekor Kucing Dan Anjing Terbiar Mati Dalam Tempoh Sebulan

Pemerintah Kota Shenzhen Di China Larang Penduduk Makan Daging Kucing Dan Anjing