Semasa cuti umum Hari Kemerdekaan baru-baru ini, ramai orang mengambil kesempatan untuk keluar menyelesaikan perkara yang patut sempena kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Baru-baru ini di sebuah kawasan perumahan flat menjadi ‘meriah’ apabila seekor anjing berwarna putih jinak membuat satu flat huru-hara apabila ia bertindak mengekori satu keluarga ini masuk ke dalam kereta.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Kejadian terbabit telah terakam pada salah satu CCTV yang ada pada bangunan flat tersebut dan video itu dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok @ainasyzwna14.

@ainasyzwna14

Alkisah nak keluar beli barang bertukar tragedi😂 anjing ajak bergurau pulak!👍🏻 DONT WORRY TAKDE YANG CEDERA😆 #foryourpage#buwatjer #viralmalaysia

♬ Oh No – Kreepa

Menurut gadis ini semasa dia dan sekeluarga sedang bersiap-siap mahu keluar memberi barang, ada seekor anjing secara tiba-tiba mengekori masuk ke dalam kereta mereka.

Tindakan anjing tersebut menyebabkan gadis ini dan sebahagian ahli keluarganya yang ada di dalam kereta menjerit ketakutan sehingga menarik perhatian jiran-jiran yang lain.

Setelah gadis ini dan keluarganya berusaha untuk keluar daripada kereta mereka, anjing tersebut secara tiba-tiba membunyikan ‘hon panjang’ lalu membuatkan keadaan menjadi lebih kelam-kabut.

@ainasyzwna14

Reply to @elliesmomo tak expect video boleh blow up😂 sorry la buat korang sakit perut gelak😆 ex ni ha kacau2 pulak🐒💩 #viraltiktok #siakapkeli

♬ original sound – اينا شزوينا – اينا شزوينا

vocket-anjing-masuk-kereta-bunyi-hon-3

Sumber Gambar: TikTok @ainasyzwna14

vocket-anjing-masuk-kereta-bunyi-hon-4

Sumber Gambar: TikTok @ainasyzwna14

vocket-anjing-masuk-kereta-bunyi-hon-6

Sumber Gambar: TikTok @ainasyzwna14

vocket-anjing-masuk-kereta-bunyi-hon-7

Sumber Gambar: TikTok @ainasyzwna14

vocket-anjing-masuk-kereta-bunyi-hon-8

Sumber Gambar: TikTok @ainasyzwna14

Video yang dikongsikan tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen daripada netizen yang rata-rata cukup geli hati melihat situasi terbabit.

Menurut pemilik video ini, tiada sesiapa yang tercedera semasa insiden tersebut berlaku, cuma memori cuti umum sempena Hari Kemerdekaan pada tahun ini bakal terpahat dalam ingatan ahli keluarga gadis ini dan jiran tetangga kawasan perumahan flat tersebut.

Dalam satu kisah lain, seorang ‘rider’ mengalami kemalangan setelah cuba melarikan diri daripada anjing yang mengejarnya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Panik Dikejar Anjing, ‘Rider’ Ini Cuba Selamatkan Diri Sehingga Rempuh Pagar Rumah Orang

Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar, Gelagat ‘Abang Posmen’ Ini Buat Netizen Ketawa

Anda Mungkin Suka