Seperti yang kita sedia maklum, anjing liar merupakan seekor haiwan yang tidak mempunyai penjaga. Ada sesetengah daripadanya jinak dengan manusia dan ada yang sangat liar sehinggakan boleh mencederakan orang.

Baru-baru ini tular di laman Facebook, yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang terduduk ketakutan dipercayai telah diserang oleh anjing liar.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi.

Anjing serang Budak .info awal drp netizen : Anjing menyerang seorang kanak-kanak di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi.* jika terdapat sbrg percanggahan atau sesiapa ada info yg lebih jelas, boleh kongsikan di ruangan komen

Posted by Bomoh Online on Wednesday, 30 October 2019

Video yang berdurasi 24 saat yang ini menunjukkan seorang budak dalam keadaan ketakutan dan terduduk diam, di sebelahnya terdapat seekor anjing liar yang dipercayai akan menyerangnya jika budak lelaki tersebut cuba melarikan diri.

Yang membuatkan netizen marah dan bengang ialah perakam dan orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya dilihat tercegat dan tidak ada usaha untuk membantu budak lelaki tersebut.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang berbaur kecaman kepada perakam dan individu-individu yang berada disitu.

Jika berada di dalam situasi ini, budaya rakam dahulu untuk tujuan ‘viral’ ini harapnya dapat dihentikan dan sebaliknya terlebih dahulu membantu mangsa yang dalam kesusahan.

Januari lalu, viral pengerusi masjid Taman Lavender Height meracun anjing liar di kawasan perumahan menimbulkan ketidakpuas hatian netizen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pengerusi Masjid Lavender Height Senawang Bunuh Anjing Menggunakan Racun?

Doktor Haiwan Tenang Jawab Isu Gadis Bertudung Bawa Anjing ‘Bersiar-Siar’

Berbasikal Dari London Ke Malaysia, 3 Pemuda Ini Bertemu Anjing Yang Mengajar Erti Sahabat Sejati

Anda Mungkin Suka