Anjung Singgah berkonsepkan asrama serba lengkap memberi perlindungan sementara kepada golongan gelandangan terutama bagi gelandangan yang ingin berubah. Maka, Anjung Singgah bukan sekadar menjadi tempat penginapan tetapi ia juga merupakan pusat intervensi sosial. Ini bagi mengelak mereka terus terpinggir.

therakyatpost.com
therakyatpost.com

Empat buah Anjung Singgah telah dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu di Kuala Lumpur (Jalan Hang Lekiu), Sarawak (Kuching), Johor (Jalan Segget) dan Pulau Pinang (George Town) sejak April 2011.

Makanan percuma 3 kali sehari, set kebersihan diri dan tempat tidur yang diberikan maksimum 2-minggu bagi seorang gelandangan di Anjung Singgah.

Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu
Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu
Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu
Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu
Anjung Singgah YKN Johor Bahru, Jalan Segget
Anjung Singgah YKN Johor Bahru, Jalan Segget

Anjung Singgah turut menyediakan sesi kaunseling kepada golongan tersebut dan membantu mereka mencari kerja yang sesuai atau menggalakkan mereka berniaga secara kecil-kecilan setelah berdaftar dengan Anjung Singgah.

Sejak ia dibuka pada April 2011, 46% daripada 2,008 orang mendaftar di 4 pusat khidmat bantuan sosial iaitu 1,237 orang di Kuala Lumpur, 312 orang di Sarawak, 400 orang di Johor dan 59 orang di Pulau Pinang telah berjaya mendapatkan pekerjaan.

Namun begitu ada seorang pengguna Youtube telah menulis komen ini:

Youtube.com
Youtube.com

Petikan berita Sinar Harian tarikh 6 Julai 2015, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, dasar kemasukan ke Anjung Singgah juga akan diubah iaitu wajib melalui proses intervensi dan kaunseling dalam tempoh penginapan mereka di situ selepas kementerian menerima hasil kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan gelandangan.

Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu

Kebanyakan yang menggunakan fasiliti Anjung Singgah adalah mereka yang baru sampai ke bandar besar ini bagi mencari pekerjaan. Walaupun tempoh maksimum adalah 2 minggu sahaja, ia boleh dilanjutkan atas budi bicara YKN.

Antara yang pernah mendapat bantuan dan fasiliti di Anjung Seri Kuala Lumpur ialah seorang OKU berusia 33 tahun berasal dari Johor. Beliau yang lumpuh tangan dan kaki sebelah kiri dan berkerusi roda pernah bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Klang, Selangor.

youthcharacter.net
youthcharacter.net

Kisahnya boleh dibaca di sini.

Anjung Singgah YKN Johor Bahru, Jalan Segget

Sasaran Anjung Singgah di Johor Bahru agak berbeza dengan Anjung Singgah di Kuala Lumpur dan Sarawak.

Di Johor Bahru ia dibina di Bangunan M. C. A. Johor bagi membantu kira-kira 50 orang gelandangan tegar yang ‘menginap’ kaki lima terutama berhampiran pintu masuk ke Singapura sebagai tempat tinggal mereka.

Mereka adalah golongan pekerja yang tidak mahu menyewa rumah kerana berasa tiada keperluan untuk tujuan itu. Majoriti memberikan alasan keluar seawal pukul 6 pagi setiap hari dan bekerja hingga pukul 11 malam. Maka, mereka hanya balik ke Johor Bahru pada tengah malam dan berehat di kaki lima sehinggalah pukul 5 pagi untuk kembali bekerja.

Kos operasi setiap Anjung Singgah bagi setiap bulan ialah antara RM30,000 hingga RM60,000. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membelanjakan sebanyak RM1.5juta setahun bagi menampung kos-kos operasi 4 Anjung Singgah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram