Jika anda masih ingat, beberapa hari lalu terdapat perkongsian daripada netizen serta laporan daripada portal tempatan yang berkongsikan mengenai jam tangan mewah Richard Mille yang dipakai Tan Sri Annuar Musa.

Jam tangan itu difahamkan dipakai beliau ketika memberi ucapan dalam salah satu majlis rasmi yang diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada awal bulan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian gambar jam mewah tersebut mula tular selepas netizen membuat anggaran harga jam tangan yang dipakainya itu boleh mencecah harga jutaan ringgit sebelum ianya dikesan beberapa portal tempatan termasuk Coconuts KL dan juga Malaysia Dateline.

‘Ambo tak ada Richard Mille’

Mengulas mengenai anggaran dan jenama jam berkenaan, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Perkara itu dijelaskan dalam satu laporan yang terbit di Malaysiakini di mana beliau menjelaskan tidak memiliki jam tangan mewah itu seperti yang didakwa netizen dan laporan sebelum ini.

“Boleh dakwa (saman) pulok (pula) ni.

“Ambo (saya) tak ada (jam jenama) Richard Mille,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Penjelasan daripada Tan Sri Annuar Musa itu sudah pastinya menjawab persoalan jenama jam sebenar yang dipakainya beliau sebelum ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan dan tidak memaklumkan jenama jam yang dipakainya, namun apa yang pasti ia bukanlah Richard Mille seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau sebelum ini juga pernah mencuri tumpuan netizen dengan cita rasa fesyennya selepas mengenakan selipar berjenama LV ketika berada di rumah. Baca mengenainya melalui pautan di bawah. 

Tular Berselipar LV, Netizen Terkejut Dengan Citarasa Fesyen Annuar Musa Yang ‘Hypebeast’

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

Puma Deviate Nitro, Kasut Yang Bakal Cipta Kejutan Dalam Dunia ‘Running’