Kecewa dengan skandal 1MDB dan isu-isu lain yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia menyiarkan sebuah video berdurasi 8 minit dengan mesej yang menakutkan buat Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

anynomous-malaysia-02
Anonymous Malaysia

Video ini bermula dengan trademark Anynomous yang biasa, iaitu dilatari muzik yang mendebarkan dan kata-kata “We are Anonymous” berserta slogan “We Are Uniting Humanity”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas pengenalan, terdapat seseorang yang memakai topeng Guy Fawkes dengan pakaian ala Grim Reaper dan suara auto-tune, menjadi watak utama video ini – membacakan teks ucapannya kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Lelaki atau wanita ini (jantina sebenar tidak diketahui) menyatakan beliau adalah salah seorang ahli Anonymous Malaysia yang bekerjasama dengan International Arm of Anonymous dan rakyat Malaysia, untuk melancarkan kempen Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos 2015 pada jam 2:30 petang.

BACA: Dengan Hanya RM120, Penggodam Ini Boleh Mengeksploitasi Sistem Kawalan Jauh Kereta Anda

“Pada waktu itu, kami akan melancarkan peperangan internet terhadap Kerajaan Malaysia, yang merupakan serangan internet terbesar dalam sejarah Malaysia,” menurut wakil kumpulan Anonymous itu.

Beliau juga menyatakan kumpulan tersebut menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri dan menerima siasatan 1MDB dan mereka juga menuntut supaya waran tangkap terhadap editor Sarawak Report ditarik balik.

anynomous-malaysia
Anonymous Malaysia

Wakil kumpulan Anonymous ini juga menyatakan beberapa skandal yang melibatkan Dato’ Sri Najib Razak seperti pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 1MDB, pemindahan dana sebanyak RM 2 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan konspirasi di sebalik MH370.

Kumpulan ini juga meluahkan kekecewaan terhadap tindak tanduk Dato’ Sri Najib Razak, dan menyatakan permintaan mereka supaya Perdana Menteri meletak jawatan.

Laman-laman web yang menjadi sasaran kumpulan ini semasa Bersih 4.0 termasuklah laman web 1MDB, Najib Razak, SPRM, PDRM dan 150 buah laman web lain yang telah dikenal pasti, pada 30 Ogos 2015 selama 48 jam.

Saksikan video penuh di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=ik0hvwlj6QE

Masih tidak diketahui sama ada ancaman ini akan memberi kesan besar kepada laman-laman web dan sistem-sistem atas talian di Malaysia. Dan masih tidak diketahui sama ada ancaman ini adalah ancaman sebenar atau sekadar lakonan. Hanya dalam 3 minggu lagi kita akan mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

BACA Juga: Najwa Mahiaddin Luah Perasaan Selepas Bapa Digugur Jawatan Timbalan PM

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber