Sofyank pada tempoh hari ada berkongsi tentang kehilangan beg laptop bersama dompetnya namun kini telah ditemui. Difahamkan terdapat fail projek terbaharu bersama klien yang sedang dikerjakan.

Beliau kini telah pun memperlihatkan salah satu projek video yang tersimpan di dalam hard disk  tersebut. Ini merupakan sebuah video iklan yang direka khas untuk jam tangan G-Shock G-B001 dengan hasil kolaborasi bersama seorang videographer @mshaffuan07.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@sofyank96

Ini salah satu video yang ada dalam harddisk yang hilang tempoh hari. Video effect kami buat khas untuk G-Shock G-B001, hasil collaboration bersama @mshaffuan – 🎥 harap korang suka 🤍

♬ original sound – Sofyank96 – Sofyank96

Video tersebut memperlihatkan keupayaan dan rekaan yang unik pada jam tangan G-Shock G-B001 dengan cara yang lebih cool menerusi kombinasi visual efek. Anda boleh lihat sendiri video terbaharu yang kami selitkan di atas.

Menjengah ke ruangan komen di Twitter, ramai yang terpegun akan kehebatan hasil visual efek bersama kombinasi lagu yang mantap menerusinya. Bahkan, kali kini ada yang mengatakan Sofyank tampil idea efek yang lebih fresh yang bertaraf antarabangsa.

Sumber Gambar: Twitter @sofyank96
Sumber Gambar: Twitter @sofyank96
Sumber Gambar: Twitter @sofyank96

Jadi, tidak hairanlah jika beliau bersungguh-sungguh mahu mendapatkan semula hard disk yang berisi projek terbaharunya yang pasti mengambil masa lama untuk membuat semula. Malah, beliau memaklumkan sedang dalam proses penghasilan sebuah video lain bersama pelakon profesional.