Ant-Man and The Wasp adalah buah tangan terbaru Marvel Studios selepas Avengers: Infinity War. Paul Rudd kembali memegang watak Ant-Man selepas ‘tidak kelihatan’ dalam Infinity War.

Sedikit tentang sinopsis filem ini. Ant-Man and The Wasp akan berkisarkan Hank Pym (Michael Douglas) yang mahu cuba membawa pulang kembali isterinya, Janet van Dyne dari alam quantum realm. Hank berpendapat isterinya masih hidup kerana di dalam filem pertama, Ant-Man berjaya keluar kembali dari alam quantum realm dan jika Ant-Man boleh, mengapa tidak isterinya?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya bukan satu misi yang mudah kerana Hank Pym dan anaknya, Hope hidup dalam pelarian. Disebabkan itu, mereka memerlukan pertolongan Ant-Man untuk cuba membawa kembali Janet kembali ke dunia nyata.

Jadi apa yang anda boleh jangkakan untuk filem Ant-Man and the Wasp ini? Semestinya dialog lucu yang menghiasi filem ini seperti filem Ant-Man yang pertama. Dialog ikonik rakan baik Ant-Man, Luis (Michael Pena) turut diselitkan dalam filem terbaru Ant-Man ini.

https://www.youtube.com/watch?v=sykacDdWQj4

Kehadiran watak baharu yang mempunyai kuasa yang hampir sama dengan Ant-Man, The Wasp nyata memberi impak kepada filem ini. The Wasp mempunyai kelebihan yang lebih berbanding Ant-Man; boleh terbang dan mempunyai blasters di bahagian tangan.

Dari segi aksi pula, pada kami filem ini kurang aksi kerana lebih memfokuskan kepada cerita isteri Hank Pym dan villain dalam filem ini, Ghost. Sayangnya watak villain Ant-Man ini kurang memberi impak; tidak seperti penjahat dalam filem Marvel yang lain. Jahat Ghost ini pun bersebab dan kemungkinan besar, beliau akan muncul kembali dalam filem Marvel yang lain.

Dalam filem ini juga persoalan anda mengapa Ant-Man tidak turut serta dalam filem Infinity War juga akan dijawab. Alasannya pun pasti buat anda tergelak dan turut sama berkait dengan satu lagi filem Marvel sebelum ini, Captain America: Civil War.

Apa pun, filem Ant-Man And The Wasp tetap sebuah filem yang fun untuk ditonton. Kami beri rating 7.5/10 kerana jalan ceritanya yang biasa dan tiada ‘wow factor’ seperti filem-filem Marvel sebelum ini. Tetapi end credit Ant-Man and the Wasp tetap terbaik. Lebih-lebih lagi end credit kedua. Jadi jangan keluar awal. Rugi nanti.

P/S: Mungkinkah kita akan dapat melihat Ant-Man dalam filem Captain Marvel nanti? Kesian pula Ant-Man terpaksa duduk ‘berseorangan’.