Bercakap pasal minah yang belajar sendiri kat Youtube dan memandai-mandai nak jadi doktor, mengingatkan aku pada autodidacts. Bukan nak kata perempuan yang acah-acah dentist tu autodidacts, tetapi sengaja aku nak bercerita tentang kelompok manusia genius ini.

Autodidacts ialah orang-orang genius dalam sejarah yang belajar sendiri ilmu yang mereka mahir sehinga ke tahap pakar. Mereka tak belajar dari mana-mana guru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakan autodidacts ialah penulis novel. Kebanyakan penulis novel belajar menulis novel sendiri bukannya belajar dengan orang. Sebab itu antara senarai autodidacts yang terkenal dalam sejarah ialah penulis novel.

Dalam bidang penulisan novel, aku sendiri tidak belajar dengan sesiapa. Aku mula menulis secara santai bermula usia 7 tahun, sebelum bermula secara serius pada usia 15 tahun menghantar manuskrip-manuskrip aku ke syarikat penerbitan. Aku hanya belajar dengan menonton filem dan membaca novel-novel yang ada di rumah aku.

Selain bidang penulisan, autodidacts juga ada dalam bidang lain seperti sejarah, muzik, bahasa dan seni. Ada sejarawan yang merupakan autodidact seperti Lewis Mumford dan Alfred Wallace. Untuk bidang muzik, nama seperti Claudio Arrau dan David Bowie. Bahkan ada yang mengatakan Christopher Nolan ialah seorang autodidacts.

Sebagai contoh, ada banyak manusia di dunia yang merupakan autodidacts yang mengajar diri sendiri mempelajar bahasa lain. Mereka tak perlu untuk masuk kelas mana-mana bahasa untuk mempelajari bahasa itu seperti Claudio Arrau yang mengajarkan dirinya 4 bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Italy dan juga Perancis sambil bahasa Sepanyol merupakan bahasa ibundanya.

autodidacts-3
Claudio Arrau

Dalam bidang arkitek, terdapat banyak juga nama-nama arkitek hebat yang merupakan seorang autodidacts. Nama-nama hebat seperti Mies Van Der Rohe, Frank Lloyd Wright, Violet-Le-Duc, dan Tadao Ando ialah antara nama arkitek yang mengajarkan diri mereka sendiri. Sebab itu kelahiran arkitek-arkitek genius ini, ada beberapa negara yang melonggarkan undang-undang untuk seorang arkitek autodidact.

Dalam sejarah, ada beberapa nama yang merupakan seorang autodidact seperti Leonardo da Vinci yang juga merupakan seorang polymath yang mahir dalam pelbagai bidang. Pencipta kapal terbang seperti adik-beradik Wright juga merupakan seorang autodidact. Zaman moden, ada yang mengatakan bahawa inventor seperti Elon Musk ialah seorang autodidact.

autodidacts-2
Elon Musk

Tapi dalam banyak bidang di atas, aku masih belum jumpa seorang autodidact dalam bidang perubatan itu sendiri. Mungkin sebab ia soal yang berkaitan dengan nyawa manusia. Mungkin kerana betapa undang-undang sangat menitikberatkan tentang kelayakan doktor-doktor dalam sejarah. Nyawa manusia tidak boleh dibazirkan atas nama seorang yang mendakwa diri mereka sebagai autodidacts.

Lagipun bukan semua yang belajar sendiri merupakan seorang autodidact. Kita kena hati-hati untuk labelkan mereka ini sebagai autodidact.

Sebabnya banyak yang belajar sendiri tanpa berguru berakhir dengan ilmu yang sesat. Sebab bukan semua manusia itu genius seperti nama-nama di atas. Sebab untuk jadi seorang autodidact yang berjaya, kau harus mempunyai IQ yang tinggi sudah tentu.

Sekarang ni nak jumpa the real autodidacts sangat susah, sebab manusia sudah hilang rasa sabar dan adab pada ilmu. Manusia merasakan bahawa mereka tonton video di Youtube tentang sebuah teori konspirasi, lalu mereka dah berani mencabar disipilin ilmu yang sudah lama berdiri dalam sejarah, sejak ribuan tahun dengan sekadar menonton beberapa buah video selama beberapa hari dan jam.

Kewujudan internet mewujudkan kebanyakan pakar segera, yang jauh sekali boleh dilabel sebagai autodidact.