Saya tertarik pada satu teknologi yang disebut sebagai tyre retreading. Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai ini disebabkan banyak kemalangan berlaku yang melibatkan lori atau trak yang berpunca daripada tayar pecah.

Tyre retreading pula amat sinonim dengan kenderaan berat kerana kos untuk beli tayar baru sangat mahal. Yalah, saiznya sudahlah besar, selepas itu bilangan tayar pula banyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka, pemandu/pemilik kenderaan sebegini memilih untuk menggunakan tayar second hand yang telah melalui proses tayar retreading.

Apa Itu Tyre Retreading

Gambar: Primex

Tyre retreading adalah proses pembuatan semula tayar yang sudah hilang tread atau dalam bahasa mudah ialah “tiada bunga”.

Sebenarnya ia bukan benda baru dan sememangnya pasaran tayar retread ini tinggi permintaannya. Pengeluar-pengeluar tayar yang besar; contohnya Michelin, Continental juga mempunyai kilang tayar retread dengan teknologi tersendiri.

Apa Kelebihan Tayar Retread

1. Kos efisyen
Ia semestinya lagi murah berbanding dengan tayar baru.

2. Selamat
Tayar retread selamat digunakan kerana proses pembuatan yang menggunakan teknologi yang canggih dan melalui ujian-ujian yang ditetapkan sama dengan ujian terhadap tayar baru.

3. Mesra Alam
Retreading merupakan proses yang amat mesra alam dan boleh dianggap pilihan terbaik dalam proses kitar semula tayar. Hasilnya, jumlah pelupusan tayar tahunan boleh dikurangkan dengan signifikan.

Apakah Kekurangan Tayar Retread

1. Kurang Kilometer
Selepas melalui proses tyre retreading jangka hayat tayar jenis ini jadi lebih pendek berbanding dengan tayar baru.

2. Ciri-Ciri
Bunyi, cengkaman, handling mungkin berbeza jika dibandingkan dengan tayar baru.

Tayar Retread

Tayar retread mudah meletup atau burst adalah mitos yang berlegar di kalangan pemandu/pemilik lori atau trak. Tayar retread memang selamat sepertimana yang disebutkan di atas kerana menggunakan teknologi yang canggih.

Syarikat-syarikat pengeluar besar dunia sudah berdekad menghasilkan tayar retread dan anda boleh rujuk sendiri dengan Good Year, Michellin, Continental dan Bridgeston untuk maklumat lanjut.

Kenapa mitos ini berleluasa? Kerana kebanyakan tayar retread yang di jual di pasaran ada yang substandard dan tidak menjalani proses retreading yang betul mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Pemandu-pemandu lori menggelarkan tayar ini sebagai “tayar celup”. Anda mesti selalu jumpa lapisan bunga tayar yang tertanggal di tengah-tengah jalan kan?

Sebenarnya terdapat banyak jenis teknologi atau kaedah tayar retread ini dihasilkan. Namun saya tidak berhasrat untuk huraikan secara terperinci di sini kerana ianya sangat teknikal.

Saya kira sudah memadai jika saya katakan secara teknikal ianya selamat di gunakan jika menggunakan teknologi dan proses yang betul. Bukan sahaja diakui di Malaysia akan tetapi juga diakui di seluruh dunia.

Cumanya perlu diingat, bukan semua tayar lori atau trak boleh melalui proses retreading. Maka seeloknya semasa membeli tayar baru kita perlu tahu sama ada ia boleh retread atau tidak.

Penjagaan tayar yang baik akan mengelakkan tayar meletup secara tiba-tiba. Kadang-kadang hanya disebabkan air pressure sahaja boleh menyebabkan jangka hayat tayar berkurangan.

Boleh rujuk entri ini mengenai punca kerosakan tayar kereta dan saya kira ianya juga sesuai buat lori atau trak.

Perlu diingat, tayar kereta atau kenderaan ringan selalunya tidak boleh retread dan anda mesti berjaga-jaga dengan tempoh jangka hayat atau expiry date tayar.

Ia boleh meletup secara tiba-tiba jika sudah melepasi jangka hayat tayar. Dan ditambah pula poor tyre management yang menyebabkan tempoh penggunaannya semakin berkurangan.

Jika ingin lihat step-by-step proses tayar retread, anda boleh rujuk bagaimana Michelin tyre retreading technology di sini.