3 pasukan sukarelawan Malaysia terdiri daripada 44 anak muda yang dihantar oleh MyCorps ke Timur Tengah selama 2 bulan baru saja kembali ke Malaysia.

Oleh kerana beberapa orang kenalan Facebook saya juga turut terpilih untuk menyertai misi ini, saya ikut rapat setiap perkembangan dan update daripada mereka sepanjang misi berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Bagaimana Travel Cara Backpacking Dorong 3 Anak Muda Ini Sertai Satu Misi Besar

Misi bantuan pelarian Syria ke 3 negara iaitu Jordan, Turki dan Lubnan merupakan pertama kali dianjurkan oleh MYCorps pada skala yang boleh dikatakan agak besar.

Dan pagi ini saya telah dihubungi oleh salah seorang peserta misi untuk berkongsi video berikut. Setelah menonton beberapa saat, tergambar semangat yang dibawa oleh anak-anak muda yang terlibat di dalam misi ini.

Mesej yang disampaikan juga sangat jelas – membawa harapan besar untuk memberikan kehidupan yang lebih baik buat para pelarian Syria. Jom tonton:

 

Baca lagi: Kembara Ke Eropah Bawa Kami Ke Kem Pelarian Syria Di Turki Dan Ini Yang Terjadi