Menteri Pengankutan Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkan syarikat penerbangan Malindo Air agar memohon maaf kepada penumpang yang terkesan akibat penangguhan perjalanan yang berlaku baru-baru ini.

Dalam ciapan balas yang dimuat naik di laman Twitter, Anthony Loke berkata bahawa beliau telah berhubung dengan syarikat penerbangan Malindo Air dan meminta mereka menghubungai semua pelanggan yang terkesan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya dalam ciapan tersebut.

Sebelum ini, tular video rungutan pelanggan Malindo Air yang mendakwa syarikat penerbangan tersebut gagal menjaga kebajikan pelanggan selepas penerbangan mereka tertangguh selama 8 jam.

“YB please do somethinglah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ke nak maklumkan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit,” tulis salah seorang pengguna terkesan, Mohd Firdaus Jailan.