Nampaknya permintaan orang ramai mahu pelekat roadtax lebih berkualiti bakal dipenuhi tidak lama lagi.

Ini kerana dalam hantaran Facebook Anthony Loke, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat perubahan terhadap kualiti pelekat cukai jalan dalam tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” petik kenyataan Facebook Menteri Pengangkutan itu.

Anthony Loke berkongsi perkembangan itu setelah telah mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapat taklimat berkenaan perancangan JPJ untuk 2023.

Tambah beliau lagi, melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalanraya merupakan salah satu agenda JPJ pada tahun ini.

Hantaran Facebook itu telah dihujani dengan pujian netizen kerana ‘sudah nampak sinar’ jalan penyelesaian untuk isu pelekat roadtax bermasalah yang dihadapi buat sekian lamanya.