China sememangnya terkenal dengan negaranya yang pantas dan produktif dalam mengeluarkan sesuatu produk. Jika sebelum ini, negara ini berjaya mengeluarkan iPhone klon sebaik sahaja pelancaran rasmi daripada Apple, kali ini industri pembuatan mereka memilih untuk lebih fokus kepada ‘solusi’ teknologi terbaru Apple iaitu Face ID.

Produk yang dimaksudkan adalah topeng anti Face ID. Ya, sebuah topeng yang direka khas untuk mengelakkan daripada pengguna lain membuka iPhone anda ketika anda tidak sedar. Meskipun teknologi yang dikeluarkan Apple sudah cukup canggih, penggunaan topeng ini dikatakan bakal meningkatkan sekuriti pengguna iPhone X.

Lebih lucu apabila keluaran topeng-topeng ini seolah-olah seperti ingin menyakat teknologi terbaru Apple. Melihatkan kepada rekaan topeng ini jelas ianya bukanlah direka untuk kegunaan pengguna yang normal. Berikut merupakan antara topeng-topeng yang telah mula dijual di Taobao.

anti face id

iphone_x_mask2

Screen_Shot_2017_09_14_at_11.21.20_AM

Lucu bukan? Untuk pengetahuan anda produk ini direka untuk tujuan marketing daripada pengeluar China untuk menarik orang ramai melawat laman atau kedai online mereka. Kami harap pengguna iPhone X di Malaysia jangan pula terpengaruh dengan topeng anti Face ID ini apabila sudah berjaya mendapatkan smartphone premium ini.

Sumber