Beberapa hari lalu, tular di laman Twitter apabila seorang individu dengan nama Imam Of Peace telah menghina Raja Permaisuri Agong dengan kata-kata yang kurang baik.

Menerusi ciapan yang ditulis, beliau mulanya memuji usaha Raja Permaisuri Agong yang memasak untuk barisan hadapan, namun mempersoal sikap berdiam diri Raja Permaisuri Agong apabila terdapat wanita dan gay dari Malaysia yang telah dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah.

Tulisan itu mendapat kritikan dari rakyat Malaysia, mereka menafikan dakwaan Imam Of Peace yang menyatakan bahawa wanita dan gay telah dipenjara di Malaysia sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Manakala gambar yang disertakan di dalam ciapan tersebut sebenarnya berlaku di Indonesia bukan Malaysia.

Tuduhan melulu itu jelas telah mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia. Terbaharu, seorang pengguna Facebook, MyZaidy Yusoff telah mendedahkan identiti sebenar individu tersebut.

https://twitter.com/Imamofpeace/status/1245245026788990978

Menurut perkongsian tersebut, nama sebenar Imam of Peace adalah Muhammad Tawhidi. Beliau merupakan individu yang berasal daripada Iran namun menetap di Australia. Bukan itu sahaja, untuk makluman, Tawhidi juga merupakan seorang Syiah dan di barat beliau terkenal dengan gelaran #FakeSheikh.

“Beliau amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dianggap hero oleh US kerana Tawhidi ini anti perjuangan pembebasan Palestin yang dibawa oleh Hamas. Senator Republikan dan Datuk Bandar US adalah pembiaya kewangan Tawhidi.

“Jangan pelik, di India Tawhidi ini mempunyai pengikut yang ramai. Dan begitu disayangi oleh masyarakat extremist Hindu India kerana Tawhidi ini anti Zakir Naik & Muslim Pakistan.

“Pada Tawhidi, Muslim Pakistan adalah Sekelompok Muslim tidak berotak. Dan Tawhidi juga mengiktiraf bahawa wilayah Kashmir adalah hak India,” katanya.

Tahwidi juga mempunyai peminat dari kalangan individu-individu penting seperti artis Bollywood dan beberapa orang kenamaan. Beliau juga pernah dituduh menjalinkan hubungan ‘rahsia’ dengan seorang artis di India.

“Priyanka Chopra, Raveena Tandon artis Bollywood ini adalah antara peminat fantik dan tegar kepada Tawhidi. Di India, banyak gossip tersebar diantara Tawhidi dan Raveena. Termasuk la dm ‘nakal-nakal’, antara mereka berdua,” tambah beliau.

MyZaidy Yusoff turut memberitahu orang ramai bahawa jika seseorang itu mencari ‘pasal’ dengan Tahwidi, mereka perlu bersiap sedia untuk dikecam oleh penyokong beliau.

“Pelakon cantik dan terkenal Pakistan, Armeena Khan antara individu yang pernah menjadi mangsa kebencian pengikut Tawhidi sehingga terpaksa menutup akaun Twiter dan Instagram peribadinya.

“Armeena Khan dalam satu kenyataan mengkritik Tawhidi sebagai tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah beliau lagi, Tahwidi mempunyai kebencian yang luar biasa terhadap wanita bertudung. Tahwidi sering mengkritik cara pemaikaian Rashaida Thlaib dan Ilhan Omar, pemimpin muslim dari parti demokrat US.

Di akhir kenyataan tersebut, MyZaidy Yusoff menjelaskan kritikan terbaharu Tahwidi ke atas Raja Permaisuri Agong adalah tidak lain hanya mahu menanam tanggapan dan naratif jahat terhadap imej beragama.

Untuk bacaan lanjut mengenai ‘Imam of Peace’, klik pautan di bawah.

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong