Anti Social Social Club (ASSC) adalah jenama pakaian yang diasakan oleh Neek Lurk, bekas pekerja jenama ternama dunia, Stussy. Walaupun baru sahaja dilancarkan pada tahun 2015 yang lalu, jenama ini sudah pun berkolaborasi dengan pelbagai jenama hebat antaranya Mastermind Japan, A Bathing Ape, Dover Street Market dan banyak lagi.

Untuk kolaborasi terbaru, mereka memilih jenama kereta Jepun, Honda untuk satu koleksi khas. Antara barangan yang akan dihasilkan termasuklah baju tshirt, hoodie dan juga topi. Logo Honda serta Type-R dipilih untuk koleksi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi ini akan dilacancarkan pada jam 8.00 malam ini menerusi laman rasmi ASSC di sini. Anda ada kereta Honda? Kena cepat kerana biasanya, barangan ASSC akan sold out dalam masa beberapa minit sahaja ianya dilancarkan.