Jenama fesyen Anti Social Social Club (ASSC) bakal hadir dengan satu kolaborasi unik bersama jenama eletronik terkenal dari Korea iaitu Cuckoo. Mereka memilih periuk nasi untuk kolaborasi dua jenama ini.

Menariknya, model ini hadir dengan warna ikonik ASSC merah jambu dan putih pada keseluruhannya. Malah logo ikonik ‘Anti Social Social Club’ juga diletakkan pada bahagian hadapan. Pada bahagian belakang diletakkan perkataan ‘I’d Rather Stay Home’.

Walau bagaimanapun, harga untuk model ini masih belum diketahui dan koleksi tersebut akan dilancarkan pada 6 Julai 2019 ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.