Pengumuman yang amat mengembirakan buat peminat kumpulan K-Pop terkenal BTS baru sahaja dibuat oleh Anti Social Social Club semalam di Instagram rasmi mereka. Sudah pasti kolaborasi dengan kumpulan K-Pop yang mempunyai kumpulan kelab peminat terbesar itu akan menjadi hit sebaik sahaja jualan dimulakan hujung minggu ini.

Untuk pengetahuan, BT21 merupakan karakter animasi hasil kerjasama BTS dan pelukis sticker media sosial LINE. Karakter animasi tersebut mewakili setiap seorang ahli kumpulan BTS yang diberi nama TATA, MANG, CHIMMY, RJ, KOYA, COOKY, SHOOKY dan VAN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Instagram BT21 sendiri baru sahaja memuat naik gambar hasil kolaborasi dua nama besar itu yang mula dijual pada Sabtu ini. Peminat dari seluruh dunia boleh membeli koleksi tersebut melalui laman web rasmi BT21.