Tular di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita yang dipercayai sebagai anti-vaksin telah bertindak melakukan sosial ekperimen dengan memasuki sebuah kedai tanpa menunjukkan sijil vaksin.

Dia yang bangga dengan tindakannya itu telah memuat naik satu hantaran di Facebook dengan niat mahu menguji adakah individu yang menolak vaksin akan dilarang masuk ke mana-mana premis?

E9cGAddVUAAjLjc121

 

Dalam hantaran itu, dia berkata bahawa dia telah berjaya memasuki kesemua premis dan tiada pula yang memeriksa status sijil vaksinasi beliau. Tambah beliau lagi, suaminya yang juga menolak vaksin turut melakukan hal sama ketika berkunjung ke kedai gunting rambut.

“Dan pagi tadi alang-alang berbasikal satu keluarga, kami buat sosial eksperimen lagi. nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in kat restoran ini. Sebab tengok ramai je duduk dine-in kat situ.

“So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah dah complete 3 dos giteww. Duduk, makan minum, blah. Sorang pun tak tanya, sorang pun tak check. Alhamdulillah. Allah bagi mudah,” Katanya.

Catatan yang tular itu bagaimanapun telah dibuang oleh wanita terbabit. Dia juga turut dikecam oleh warganet di Twitter dan Facebook.

Kata wargenet, tindakan beliau ini mementingkan diri sendiri dan membahayakan nyawa anaknya. Beliau juga turut dikecam kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

“Jom .. report org antivaxxer camni. Post ni telah didelete oleh tuannya..but, mmg dh memusnahkan trust org. Antivaxxer mmg penunggang agama.. siap ckp Alhamdulillah, Allah mudah bagi,” kata Dr. Siti Sarah.

“Perhatikan cara dia menulis. “Alhamdulillah, Allah mudahkan” x2, “Kami masuk dengan selamba, buat muka yakin”, “Ap yang mustahil? Takde.” Dia benar-benar tahu bagaimana menarik dan meyakinkan orang,” kata Nazira Roslee.

“Membahayakan nyawa orang dan menganggapnya sebagai ‘eksperimen sosial’.
Menyiarkannya hanya untuk pengaruh. Adakah dia fikir dia tidak akan ditangkap? Cukup bodoh,” kata Grace.

Golongan anti-vaksin diundi sebagai manusia paling dibenci pada 2019. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Pada 2019

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Kumpulan Anti-Vaksin Tidak Setuju Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama