Polis Jerman mengesahkan bahawa dua petugas barisan hadapan cedera selepas diserang oleh seorang lelaki yang terpengaruh dengan sentimen anti-vaksin. Dalam kejadian yang berlaku di pusat membeli belah yang terletak Gera, Thuringia, lelaki tersebut menyerang seorang jururawat dan pembantu selepas permintaannya untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menyuntik vaksin COVID-19 ditolak.

Memetik laporan berita Vice, Kedua-dua mangsa yang cedera telah dirawat di hospital tetapi sudah dibenarkan untuk keluar, sementara serangan itu menyebabkan program vaksinasi terpaksa dihentikan satu hari. Suspek – yang tidak disebutkan namanya sesuai dengan undang-undang privasi Jerman – segera dikesan oleh pihak berkuasa dan telah berjaya ditahan.

Keganasan itu dikecam oleh ahli politik dan persatuan perubatan Jerman, Kassenärztlichen Vereinigung (Persatuan Doktor Insurans Kesihatan Berkanun). Menteri Kesihatan Thuringia, Heike Werner mengkritik tindakan tersebut dan menyatakan bahawa kejadian itu tidak boleh diterima. Manakala Annete Rommel, ketua persatuan perubatan mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa orang yang sangat komited untuk melawan pandemik COVID-19 diserang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Nicholas Potter, seorang penyelidik dari kumpulan anti-perkauman Jerman Yayasan Amadeu Antonio mengatakan serangan itu adalah serangan terbaru dalam senarai panjang serangan lain dari kumpulan anti-vaksin. Ini termasuk serangan vandalisme dan serangan bahan letupan buatan sendiri yang berlaku di hadapan institusi penyelidikam Berlin, Oktober lalu.

“Retorik yang didorong oleh konspirasi, anti-Semit dan anti-demokratik yang disebut gerakan ‘Querdenken’ (pemikir lateral) semakin mendorong kepada tindakan ganas,” kata Potter kepada VICE World News sambil menambah bahawa Telegram adalah tempat kumpulan anti-vaksin berkumpul dan membincangkan teori-teori bagi menafikan kewujudan COVID-19 dan bahawa idea vaksinasi adalah untuk membunuh orang ramai.

“Sudah terlalu lama, pihak berkuasa telah meremehkan ancaman yang ditimbulkan oleh anti-vaksin dan ideologi konspirasi,” katanya. “Ini bukan sekadar hippie anti-otoriter yang melakukan demonstrasi menentang Big Pharma, ini adalah penentang tindakan kesihatan yang semakin radikal terhadap kekerasan untuk mencapai tujuan politik mereka.”

Tahukah anda bahawa vaksin BioNTech Pfizer dihasilkan oleh orang Muslim? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tahukah Anda Bahawa Vaksin BioNTech Pfizer Dihasilkan Oleh Orang Muslim?

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Pekerja Tolak Suntik Vaksin COVID-19 Boleh Dipecat, Benarkah?