Malaysia mencatatkan episod sedih apabila kerajaan mengumumkan kes kematian melibatkan dua orang pesakit COVID-19. Kes kematian pertama membabitkan kes ke-358, beliau merupakan seorang pastor berusia 60 tahun di Sarawak dengan sejarah penyakit kronik.

Manakala kematian kedua ialah lelaki tempatan berusia 34 tahun dalam kes ke-178 yang menyertai ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

Kematian ini hadir ketika mana negara dalam siap sedia untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah ini bertujuan untuk menghadkan pergerakan rakyat Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang telah menyerang hampir 200,000 orang, manakala membunuh lebih 7,000 orang diseluruh dunia.

Dalam situasi serba tidak menentu ini, terdapat golongan yang menuduh doktor yang bekerja dari siang hingga ke malam ini menipu orang awam. Kata-kata ini dilemparkan di ruang awam dan bukannya bersama kumpulan mereka iaitu anti-vaksin.

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh seorang individu, beliau menyatakan bahawa doktor telah menipu ramai orang dengan vaksin yang diberikan. Pendapat mereka, vaksin yang dicucuk itu mempunyai penyakit dan bukannya penawar.

collage3123123

“Antigen dalam botol vaksin tu tahu tak apa benda tu? Tu sumber penyakit ye. Korang suntik penyakit ya.” Katanya dalam kenyataan seperti dibawah.

Beliau turut mempertahankan kenyataan beliau di bahagian komen dengan bertindak membalas komen beberapa netizen yang menegur kenyataan beliau. Dapat dilihat juga beberapa individu dari golongan anti-vaksin tampil mempertahankan kenyataan tersebut.

Sikap jelik mereka turut ditegur oleh seorang pengguna Facebook, juga dari golongan anti-vaksin, yang meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan bukannya memperlekehkan orang.

“Ilmu tinggi mana pun anda tapi kalau adab tak ada, ke laut juge lah anda pergi. Anda merendahkan martabat orang-orang anti-vax dengan adab tulisan macam ini.” Kata pengguna tersebut.

collage

Kenyataan itu telah mendapat 51 perkongsian, manakala 600 lebih komen. Rata-rata komen tidak bersetuju dengan cara mereka memperlekehkan usaha para penjawat awam khususnya dalam bidang kesihatan yang sedang bertarung jiwa untuk mencari penyelesain kepada masalah yang menimpa dunia.

‘Reaksi’ golongan anti-vaksin di tengah-tengah pandemik ini bukannya dapat membantu para doktor dan pegawai perubatan yang sedang bekerja untuk menjaga 673 pesakit COVID-19 di Malaysia. Seeloknya nada motivasi yang diperlukan oleh golongan ini untuk terus bekerja menyelamatkan negara.

Sejak bermulanya gelombang kedua COVID-19, Malaysia telah mencatatkan jumlah kes tertinggi di rantau ASEAN. Namun bagi kes kematian, Filipina mencatatkan angka tertinggi dengan 14 orang dan diikuti dengan Indonesia 5 orang.

Semoga para pakar perubatan dan sains dapat menemui penawar dan vaksin untuk COVID-19 dalam masa terdekat ini.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan dibawah.

Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai

Adakah Ini ‘Wajah’ Sebenar Wabak COVID-19 Yang Dibesarkan Sebanyak 2,600 Kali?

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin