Artikel ini susulan dari artikel Diphteria, Plak Kematian Kanak-Kanak Yang Muncul Semula Selepas Vaksin Diabaikan yang telah dihuraikan oleh Dr. Naim dengan lebih mendalam buat antivaksinasi.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Golongan antivaksinasi jangan angkuh dan sombong dengan mengemukakan hujah bahawa anak mereka sihat tanpa immunisasi. Jangan terkejut, ada juga segelintir kecil doktor perubatan yang menyimpang dan menjadi doktor homeopathy lalu menjadi ejen mempromosi bahaya vaksinasi. Fahami beberapa isu ini.

Herd immunity ataupun community immunity adalah keadaan di mana majoriti ahli komuniti menerima suntikan vaksinasi. Ini mengakibatkan sesuatu penyakit berjangkit dapat dikawal dari menular pada masyarakat. Ini penting kerana ada golongan yang tidak boleh menerima vaksin terutama pesakit immunocompromised seperti AIDS, sesetengah jenis ketumbuhan dan sesetengah jenis penyakit berkaitan sistem imuniti tubuh.

Tindakan tidak memberi vaksinasi pada anak anda akan menambah jumlah populasi yang tidak menerima vaksinasi dan dalam jangka panjang akan mengurangkan keberkesanan herd immunity ataupun community immunity. Ini yang berlaku dalam sejarah peradaban dunia bagaimana plak atau wabak tercetus dan bagaimana ia dibendung melalui vaksin.

Ingat, sesetengah penyakit itu masih ada di sesuatu kawasan tetapi tidak berkeupayaan untuk menghasilkan wabak disebabkan oleh community immunity ini.

Immuniti juga boleh diperolehi secara pasif iaitu dipindah kepada bayi melalui plasenta. Anak anda mungkin terselamat buat masa kini kerana anda diberi vaksinasi pada zaman dahulu kerana mak ayah anda tak secerdik anda untuk belajar dengan En Google.

Akan tetapi, kesan imuniti pasif ini tidak kekal lama dan merosot mengikut masa. Kebanyakannya, hilang apabila anak mula besar dan jadi remaja.

Keberkesanan vaksin boleh berkurang disebabkan level antibodi yang dihasilkan rendah. Ini berlaku terutamanya dengan peningkatan usia. Kerana itu, orang tua yang pernah diberi imunisasi juga boleh mendapat kembali penyakit berjangkit kesan dari penularan wabak.

Sesetengah tempat mempunyai kecenderungan sesuatu penyakit yang berbeza. Kerana itu masyarakat digalakkan mengambil vaksin tertentu sebelum mengembara ke sesuatu kawasan dan musim tertentu. Oleh yang demikian, anak anda mungkin selamat di kawasan tempat tinggal anda tetapi akan mendapat masalah kelak apabila mengembara.

Kuman mempunyai kebolehan menghasilkan toksin dengan level tertentu bergantung kepada pelbagai keadaan termasuklah persekitaran. Ya, ia boleh menghasilkan sakit biasa seperti demam selesema sahaja.

Tetapi ia tidak akan membantu badan untuk menghasilkan imuniti terhadap penyakit tersebut disebabkan faktor limitasi badan. Ini berbeza dengan sesetengah binatang yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan antibodi terhadap penyakit tertentu. Ia berkait dengan faktor gene dalam DNA induk.

Oleh itu, jangan terlalu angkuh dan riak. Anda tidak akan dapat menduga bila kuman akan menghasilkan toksin berbahaya.

Imunisasi adalah langkah pencegahan. Ia mengelak penyakit atau mengurangkan tahap keseriusan penyakit tersebut.
Dalam erti kata lain, walaupun anda mendapat toxin berbahaya dari kuman, imunisasi membantu anda untuk mendapat simpton atau kesan penyakit yang minima. Kesan ini boleh berkurang mengikut masa.

Benar, imunisasi mempunyai sedikit risiko dan ada segolongan kecil yang tidak sesuai dengan imunisasi. Risiko ini wujud dan diakui oleh pakar perubatan. Penilaian akan dibuat samada mereka boleh menerima vaksin atau tidak.

Jika tidak layak, mereka masih mendapat manfaat dari herd immunity ataupun community immunity. Risiko mereka menghidap penyakit berbahaya sewaktu wabak akan semakin bertambah jika golongan seperti anda semakin bertambah.

Anda mengejek orang yang mengambil vaksin kerana bimbang bila bercampur dengan anak anda yang tidak diberi vaksin. Saya ulang sekali lagi, individu yang diberi vaksin masih boleh mendapat penyakit dari pesakit yang tidak diberi vaksin atas beberapa sebab:

1. mereka tidak mampu menghasilkan antibodi yang cukup
2. penyakit memberi kesan minima pada mereka.
3. berlaku perubahan genetik pada kuman yang menghasilkan toksin berbahaya kesan interaksi dengan individu yang tidak diberi imunisasi

Orang Yahudi juga diberi vaksin. Negara barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mempunyai pengalaman dalam kes wabak dan plak juga MEWAJIBKAN rakyatnya untuk menerima vaksin.

Anda suka atau tidak, saya selaku ahli dalam bidang perubatan menggesa kerajaan meluluskan satu rang undang undang mewajibkan vaksinasi untuk semua rakyat malaysia.

Mana mana individu yang menolak vaksinasi tanpa sebab munasabah seperti sesetengah penyakit tertentu harus diharamkan dari berada di premis awam.

Artikel di atas disumbangkan oleh Dr Muhamad Na'im Ab Razak. Doktor & Penulis. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group