Penduduk di Lembah Klang terutamanya di Bangsar pasti kenal sangat dengan restoran Anuar Kari Kepala Ikan yang menawarkan set nasi dengan harga yang sangat mampu makan; RM5 untuk sepinggan nasi dengan ayam goreng yang lazat.

anuar kari 2
Kari kepala ikan yang sentiasa ‘sold out’ di Anuar

Buat anda yang tidak tahu, restoran Anuar Kari Kepala Ikan ketika ini beroperasi secara food truck di tapak restoran asal Anuar kerana proses pengubahsuaian food court.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk keselesaan pengunjung setia Anuar Kari Kepala Ikan, mereka akan membuka satu cawangan baharu di No.19, Jalan Dangi Wangi, 50100, Kuala Lumpur. Lebih menarik, Mereka menawarkan set nasi ayam/ikan, sayur taugeh bersama kari pada harga RM3 sahaja sempena pembukaan hari pertama cawangan ini esok.

promo anuar
Harga RM3 sempena pembukaan dan hanya RM5 untuk hari biasa

Cawangan di Dang Wangi akan mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jangan lupa untuk add-on menu ikonik di Anuar iaitu kari kepala ikan. Pasti puas hati.

P/S: Cawangan Anuar di Bangsar tetap akan beroperasi seperti biasa dan Anuar Kari Kepala Ikan juga turut mempunyai satu cawangan lagi di Kota Warisan yang sudah mula beroperasi sejak Isnin lepas.

Restoran Anuar Kari Kepala Ikan beroperasi secara food truck buat sementara waktu selepas kedai utamanya dirobohkan bagi kerja-kerja penambahbaikan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Gerai Kari Kepala Ikan Bangsar Masih Dibuka, Guna ‘Food Truck’ Di Lokasi Sama

Vocket Makan: Kari Kepala Ikan Padu Di Tugu View Cafe

Vocket Makan: Bella ‘Makan Besar’ Di Hameediyah, Restoran Nasi Kandar Tertua Di Pulau Pinang