Hari ini akan berlangsung majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor bermula jam 9 malam.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 ini juga merupakan satu majlis untuk menghargai semua individu yang terlibat sepanjang tahun dalam arena bolasepak tempatan.

Untuk makluman kepada semua peminat bola sepak Malaysia khususnya, Vocket FC cuba untuk menjelaskan bagaimana mekanisme pemilihan dibuat untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 ini berdasarkan maklumat yang kami terima.

Kategori Yang Akan Melalui Proses Undian

Dalam kesemua anugerah ini, sebanyak 8 kategori akan melalui proses undian yang akan dilakukan oleh seramai 24 Ketua Jurulatih, 24 Ketua Pasukan termasuk 24 wakil media (18 media arus perdana dan 6 media sosial) yang telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK 2016.

anugerah bola sepak kebangsaan 2017

Kategori tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Pemain Paling Bernilai
  2. Penyerang Terbaik
  3. Pemain Tengah Terbaik
  4. Pertahanan Terbaik
  5. Penjaga Gol Terbaik
  6. Jurulatih Terbaik
  7. Pemain Import Terbaik
  8. Pemain Muda Harapan (Bawah 21 tahun)

2 lagi anugerah dibuka untuk undian dari peminat bola sepak tempatan iaitu :

  • Best XI
  • Pemain Paling Popular

Selain itu, terdapat juga 4 kategori anugerah yang bukan untuk pemain seperti:

  • Media Sosial Terbaik
  • Laman Web Terbaik
  • Anugerah Komuniti
  • Anugerah Persahabatan

9 lagi kategori yang tersenarai sebagai anugerah utama ABK2017 kali ini adalah:

  • Anugerah Fair Play
  • Pemain Wanita Terbaik
  • Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super)
  • Penjaring Terbanyak Import (Liga Super)
  • Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier)
  • Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier)
  • Pasukan Bolasepak Terbaik
  • Penyokong Terbaik
  • Anugerah Mesra Media

Mekanisme Pemilihan Pemain Terbaik ABK2017

Berikut adalah mekanisme pemilihan:-

  • Setiap Ketua Jurulatih, Ketua Pasukan dan Wakil Media perlu mengundi tiga pemain dari pasukan yang berbeza.
  • Pemarkahan: Pililhan Pertama (5 markah), Pilihan Kedua (3 markah) dan Pilihan Ketiga (1 markah).
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan markah yang tertinggi. Jika terdapat kiraan markah yang sama, kedudukan pasukan pemain/jurulatih tersebut dalam Liga Super 2016 atau 100PLUS Liga Premier akan diambil kira sebagai ‘tie breaker’
  • Ketua Jurulatih dan Ketua Pasukan tidak dibenarkan untuk mengundi pemain daripada kelab/pasukan yang diwakili mereka.
  • Setiap pemain yang terpilih akan diberi markah yang secara kumulatifnya akan menentukan anugerah utama iaitu Anugerah Pemain Paling Bernilai. Jika terdapat kiraan markah yang sama, maka ianya akan diputuskan oleh Jurulatih Pasukan Kebangsaan semasa.

25551816_1744458835626614_1647549515806270274_n

Setiap kategori ini merangkumi 10 pemain yang telah disenarai pendek melalui proses saringan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Saringan ABK 2016.

Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil-wakil dari 7 panel iaitu:

  1. Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM)
  2. Penyiar rasmi Media Prima
  3. Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM)
  4. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
  5. Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM)
  6. Blogger sukan
  7. Penyokong

Carta Aliran Mekanisme Pemilihan Pemain Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

10 pemain bagi setiap kategori yang disenarai pendek ini telah disaring daripada sejumlah keseluruhan 357 pemain (daripada jumlah 633 pemain yang didaftarkan bagi musim 2017).

357 pemain ini dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Saringan ABK 2017 iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus penampilan dari keseluruhan jumlah perlawanan domestik (Liga Super 2017/100PLUS Liga Premier, Piala FA dan TM Piala Malaysia 2017) untuk pasukan yang diwakilinya pada tahun ini.

Terdapat pembaharuan dilakukan pada musim ini di mana pemain import dibenarkan untuk berpindah ke pasukan lain pada jendela perpindahan kedua.

Untuk ini, penilaian untuk calon adalah sedikit berbeza di mana pemain yang menyertai pasukan baru mestilah mempunyai 50% penampilan daripada jumlah perlawanan untuk pasukan yang diwakilinya selepas jendela perpindahan kedua sebagai syarat untuk dicalonkan.

anygerah bola sepak kebangsaan 2017

Semua peminat bola sepak Malaysia boleh menyaksikan Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan melalui saluran RTM TV1 secara langsung pada jam 9 malam.