21 tahun layak ke pusingan akhir ‘All Japan High School Soccer Tournament’ secara berturut-turut, bukan satu tugas mudah bagi sebuah sekolah tinggi di Aomori, Jepun.

Edisi 2016, iaitu selepas 20 tahun layak ke pusingan akhir peringkat kebangsaan, barulah mereka berjaya menjuarai kejohanan bola sepak peringkat sekolah-sekolah tinggi Jepun yang paling berprestij ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pencapaian paling hampir untuk muncul juara sebelum edisi 2016 adalah pada tahun 2009 apabila mereka muncul sebagai naib juara selepas tewas 1-0 ditangan Sekolah Tingga Yamanashi Gakuin.

Siapa Jurulatih Skuad Sekolah Tinggi Aomori Yamada ?

KNK_75991-800×532
Kuroda Go berdiri paling kanan.

Kuroda Go, nama yang tidak asing lagi untuk skuad Sekolah Tinggi Aomori Yamada.

Beliau adalah jurulath yang bertanggungjawab membangunkan skuad Sekolah Tinggi Aomori Yamada sejak mula mengambil tugasan itu pada tahun 1994 sebagai pembantu jurulatih sehingga sekarang.

Sehingga sekarang sudah 23 tahun beliau menjadi ketua jurulatih pasukan dari Aomori prefecture itu dan berjaya layak ke peringkat kebangsaan selama 21 tahun berturut-turut.

Skuad Kuroda Go memang diakui sebagai skuad paling hebat di Aomori, apabila pernah mencipta rekod 17 tahun tanpa tewas sebarang perlawanan peringkat Aomori prefecture. Menurut Nikkan Sports, Aomori Yamada dibawah bimbingan Kuroda Go mencatatkan 320 menang sepanjang tempoh tersebut.

584d49c7-0528-4fa6-bd02-60e5d3093d95

Tetapi rekod itu tidak membawa apa-apa makna kepada Kuroda Go selagi tidak berjaya membawa Aomori Yamada sebagai juara All Japan High School Tournament.

Ini adalah legasi yang dicipta oleh Kuroda Go, seorang jurulatih yang mengabdikan dirinya untuk sebuah pasukan sekolah tinggi.

Ketua Jurulatih Kuroda Go   Lesen S Diiktiraf JFA
Pembantu Jurulatih Masaaki Masanori
Pembantu Jurulatih Chiba Takahito Lesen C Diiktiraf JFA
Jurulatih Penjaga Gol Ryuichiro Okubo Lesen C Diiktiraf JFA
Ketua Jurulatih (Menengah Rendah) Ueda Daiki  Lesen A Diiktiraf JFA
Pembantu Jurulatih Kimura Kazumi  Lesen B Diiktiraf JFA
Pembantu Jurulatih Narita Takaaki  Lesen C Diiktiraf JFA 
Pembantu Jurulatih Soga Masaya  Lesen C Diiktiraf JFA
Pembantu Jurulatih Matsumoto Akira Lesen C Diiktiraf JFA
Pembantu Jurulatih Kozo Terada
Doktor Pasukan Takashi Komatsu(Aomori Kosei Hospital)
Jurulatih Kecergasan Yuka Wakamatsu (Y’s Aomori Center Gym)

 

Bagaimana Klasifikasi Lesen Kejurulatihan Japan Football Association (JFA)

Kuroda Go, mempunyai kelayakan kelas S, iaitu kelayakan tertinggi dalam hierarki lesen kejurulatihan JFA, berdasarkan gambar rajah aliran dibawah.

Beliau telah memiliki lesen kelas S ini sejak tahun 2006, dan ini bermakna beliau sudah memegang lesen ini selama 11 tahun.

2017-12-12_15-07-06

Berdasarkan kelayakan ini, mana-mana jurulatih yang memegang lesen kelas S layak untuk mengendalikan pasukan profesional dalam saingan J.League, tetapi beliau setia untuk kekal mengendalikan skuad Sekolah Tinggi Aomori Yamada bagi mencapai misi muncul juara.

Akhirnya pada edisi 2016, Kuroda Go berjaya mencapai impian bersama skuad Aomori Yamada apabila muncul sebagai Juara All Japan High School Soccer Tournament, menewaskan Sekolah Tinggi Maebashi Ikue dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Walaupun beliau mempunyai kelayakan yang mampu memberikan ‘tiket’ mengendalikan sebuah pasukan profesional J.League, tetapi Kuroda Go memilih jalan untuk melatih pemain-pemain muda untuk pembangunan akar umbi bola sepak Jepun.

mcFX8UF

Antara bakat yang pernah berada dibawah jagaan beliau dan kini sudah mampu beraksi di liga luar Jepun adalah Gaku Shibasaki, bekas pemain Kashima Antlers yang kini beraksi dalam La Liga 2 bersama Getafe CF