Jika anda pernah ke Lapangan Terbang Changi Singapura ini pasti anda tahu kenapa ia digelar lapangan terbaik dunia. Bukan sahaja besar tetapi kemudahan yang disediakan amat menarik.

Baru-baru ini pengguna Facebook Iqbbar Z. Azhar telah berkongsi pengalaman dia berada dalam Lapangan Terbang Changi selama 5 jam. Baca perkongsian dia di bawah ini:

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Kebiasaanya transit di sini kalau penerbangan dari Ipoh. Bagi anda yang tidak tahu, Ipoh juga ada lapangan terbang. Changi airport menjadi tempat saya transit apabila on dan off dari job outstation sejak 2013 lagi. Rajin sikit hari ini nak beri short review dan pengalaman di sini.

Untuk pengetahuan anda, Changi airport terdiri daripada 4 terminal iaitu T1, T2, T3, dan T4. Jadi, sekarang ini transit di T3 dan tidak sempat untuk pergi semua tempat. Saya hanya sempat berkunjung ke T1 dan sebahagian tempat di T3.

tv besar

playground

Terdapat TV skrin besar untuk tontonan umum di mana boleh memuatkan sehingga 200 orang. Anda boleh menonton filem percuma sambil-sambil menunggu penerbangan anda. Malah, terdapat juga panggung wayang yang berbayar di T2 dan T3, akan tetapi ianya hanya ada di transit view bermaksud ia berada dalam bahagian free duty selepas immigration check.

Selain itu, terdapat pelbagai taman permainan untuk kanak-kanak,dan dewasa. Jika anda ingin mencuba gelongsor tubular ini atau dipanggil ‘The Slide’, anda harus membeli-belah dalam lapangan terbang dengan minimum sebanyak SGD10 dalam satu resit dan hari yang sama barulah boleh tebus baucer. ‘The Slide’ ini teretak di bahagian awam dan ketinggiannya adalah 12m atau bersamaan 4 tingkat.

gelongsor

rama2

Malah, terdapat taman rama-rama dalam transit T3 menjadikan ia lapangan pertama di dunia yang memiliki taman rama-rama.

Paling menarik di T1 adalah terdapat kolam renang dalam lapangan terbang. Bayaran masuk hanyalah SGD17 (~RM51.50) sahaja. Anda akan dihidangkan dengan pemandangan kapal terbang di awan sambil mandi dalam kolam jacuzzi. Jika anda transit lama di sini, bolehlah bawa pakaian renang.

Menarik bukan? Untuk 5 jam memang tidak cukup. Banyak lagi human Art yang lain belum explore.

swimming pool

pool

Anda Mungkin Suka