Lebih kurang beberapa jam sahaja lagi sebelum Silicon Valley musim ketiga ditayangkan. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan nasib Pied Piper.

Secara asasnya, siri TV Silicon Valley mengisahkan sekumpulan pekerja terdiri daripada 5 orang ahli yang berada di sebuah rumah kepunyaan Erlich Bachman lakonan T. J. Miller yang mengusahakan sebuah startup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

150413-news-silicon-valley

Dugaan dan usaha yang dihadapi serta jenaka-jenaka yang sinis pada setiap episod yang membuatkan siri TV ini sangat menarik. Selain itu, watak-watak yang ditampilkan serta cabaran yang tidak disangka-sangka berlaku di dalam fasa awal syarikat yang menggunakan konsep startup berjaya menarik perhatian orang ramai.

Walaubagaimanapun, Silicon Valley berjaya membawa sebuah siri yang berunsurkan teknologi dan bisnes serta dalam masa yang sama berjaya memikat hati penonton dengan jenaka yang tidak kering gusi serta plot penceritaan yang tidak begitu berat sesuai buat tontonan umum.

Richard-Hendricks

Berdasarkan sumber yang diterima, Slicon Valley pada musim ketiga ini bakal memaparkan masalah yang dihadapi oleh Pied Piper berikutan perebutan jawatan mengenai siapa yang akan menerajui Pied Piper sebagai CEO setelah apa yang berlaku diakhir musim kedua. Selain itu, dijangka musim ketiga juga bakal memaparkan Pied Piper yang sama seperti seperti sebelum ini atau dalam erti kata lain masih ‘underdog’.

https://www.youtube.com/watch?v=LmqGH9qOszM

Sumber