Khabib Nurmagomedov tampil dengan dakwaan kontroversi setelah mengatakan bahawa gadis arena ‘tidak berguna’ dan buat dia rasa ‘tidak selesa’.

Sejak bersara dari UFC pada Mac 2021, Khabib memulakan karier baru di Kejuaraan Gorilla Fighting serta giat berlatih bersama pasukan bola sepak divisyen 3 di Rusia.

Khabib jelas tidak mahu meneruskan tradisi mempamerkan gadis arena untuk mempromosikan perlawanan.

Pada sidang media di Moscow minggu ini, Khabib Nurmagomedov berkata, “Lihat, saya tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa. Gadis arena adalah orang yang paling tidak berguna dalam seni mempertahankan diri.

“Saya ada pertanyaan, apa fungsi mereka? Anda boleh sahaja tunjuk pusingan kedua [perlawanan] di layar.

Tambah Khabib lagi, “Saya menyedari bahawa itu adalah sejarah. Sejarah diketahui banyak kesilapan. Kita membaca sejarah untuk mengelak daripada melakukan kesilapan masa lalu di masa depan. Sekiranya kita melihat sejarah, ia menyatakan bahawa ia adalah tidak berguna.

“Itu adalah pendapat peribadi saya. Dana White mungkin bersetuju. Mungkin anda juga bersetuju. Tetapi nama saya bukan Dana. Nama saya Khabib.”

Juara UFC paling lama terus menyuarakan pendapatnya. Dia menambah bahawa gadis itu buat dia dan ayahnya merasa tidak selesa sambil menambah bahawa dia langsung tidak menentang mereka, cuma dia tidak bersetuju dengan cara tersebut.

“Terdapat tempat-tempat yang ditetapkan untuk [pertunjukan] seperti itu. Saya rasa kita tidak boleh mencampuradukkan semuanya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Pertama sekali, kita mahu kembangkan sukan. Sudah pasti ada beberapa elemen pertunjukan. Orang mahu datang dan menonton, ini menarik bagi mereka. Tetapi untuk mencampurkannya saya rasa tidak betul.”

Mahu tunai janji ibu, Khabib umum bersara daripada UFC. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC

Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229

Setelah Bersara Dari UFC, Khabib Kini Mahu Fokus Jadi Petani Di Kampung

Anda Mungkin Suka