Bagi penggemar oat, pasti anda pernah dengar atau cuba sekurang-kurangnya sekali overnight oat. Bagi yang kurang gemar oat kerana rasa dan rupanya, anda patut ambil tahu apakah itu overnight oat.

Overnight oat adalah sejenis makanan berasaskan oat yang ringkas, mudah dan pantas untuk disediakan. Ia adalah satu hidangan cepat yang penuh khasiat dan juga sedap berbanding oat biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat pengetahuan anda, tiada resipi tertentu dalam penyediakan overnight oat. Ini bermakna anda bebas untuk menyediakannya mengikut cara dan citarasa kesukaan anda.

Overnight oat tidak perlu dimasak, menjimatkan masa dan kaya dengan khasiat.

Pada asasnya, overnight oat terdiri daripada 2 bahan utama iaitu oat dan cecair (lazimnya susu). Oat direndam bersama susu dalam satu bekas dan disimpan semalaman di dalam peti sejuk.

Oat yang paling baik dan sesuai digunakan adalah daripada jenis rolled oat atau cooking oat.

Berbanding oat segera, rolled oat ini apabila direndam di dalam susu akan menjadi terlalu lembik dan kembang selepas semalaman. Manakala oat jenis steel cut pula masih keras walaupun telah direndam dalam susu selama satu malam.

Nisbah penyediaan oat kepada susu adalah 1:1; iaitu jika menggunakan oat setengah cawan, maka susu yang digunakan juga setengah cawan.

Jika ingin menambah yogurt, anda boleh menggunakan nisbah 1:1:1 untuk beri rasa yang seimbang.

Cara penyediaannya, masukkan oat dan susu ke dalam satu bekas. Kacau rata dan sejukkan campuran oat tadi ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman.

Bekas yang paling sesuai digunakan adalah jenis mason jar. Jika tiada, boleh gunakan sebarang bekas yang sesuai dan semestinya bekas tersebut bertutup.

Overnight oat enak dimakan sejuk. Sebelum makan, anda boleh tambah topping kegemaran anda.

Antara topping yang sesuai dan sedap adalah buah-buahan segar atau kering, kekacang, mentega kacang, serbuk protein, granola, kelapa parut, rempah-ratus (kayu manis), perahan buah sitrus atau ekstrak vanila.

Boleh juga ditambah yogurt jika mahukan overnight oat yang lebih cair. Rasanya pasti ummph! Penambahan topping juga bermakna bertambahlah khasiat overnight oat anda.

Overnight oat boleh disimpan dalam peti sejuk selama 4 hari. Jadi, anda boleh sediakan beberapa bekas pada hujung minggu untuk dijadikan sarapan anda sepanjang minggu.

Oat berupaya membantu mengawal kolesterol dan mengawal nafsu makan. Juga sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dan penghidap diabetes.

Overnight oat selain dijadikan sarapan, amat sesuai dijadikan sebagai menu bersahur di ketika anda berpuasa. Ini disebabkan oat mampu memberi rasa kenyang lebih lama berbanding nasi, roti atau pasta.

Sumber