Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan September ini, satu pesta bakal berlangsung bermula 14 September hingga 26 September ini iaitu Pesta Harapan Malaysia untuk belia.

Tujuan pesta ini diadakan adalah untuk mempromosikan para belia yang boleh menjadi contoh role model, inspirasi kepada Malaysia Baharu. Ia juga turut menyambut usaha-usaha pejuang kemerdekaan yang tak didendang. Terdapat lima aktiviti dan kesemua aktiviti ini sesuai untuk semua golongan umur. Antara acaranya ialah, Fun Run sejauh 5km, e-sukan, Program keusahawanan E-dagang Alibaba.com, persembahan konsert dan akhir sekali perbincangan dengan belia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang berminat untuk acara larian dan kelas e-dagang, anda boleh melayari laman web https://pestaharapanmalaysia.com/harapan-run/ dan https://pestaharapanmalaysia.com/aes/ untuk mendaftar memasuki acara ini. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh melayari laman web http://www.pesta2018.com.

Pesta Harapan 2

Pesta Harapan 3

Pesta Harapan 4

Pesta Harapan 5

Pesta Harapan