Peningkatan demi peningkatan kes COVID-19 dalam negara kita nyata membimbangkan orang ramai terutamanya dengan penemuan beberapa kluster dan kes baharu dalam negara yang berpunca daripada individu yang pulang dari Sabah.

Kerisauan itu juga menyaksikan orang ramai mula memberikan pandangan di media sosial mengenai perbezaan kuarantin yang perlu dilalui mereka yang pulang dari luar negara dan dalam negara (terutama mereka yang melawat Sabah dan Kedah).

Perbincangan itu berlaku susulan laporan yang diterbitkan portal Edge Prop yang memetik kenyataan Dr Noor Hisham yang mengatakan mereka yang baru pulang daripada Sabah tidak perlu menjalani kuarantin jika disahkan negatif COVID-19 dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

https://twitter.com/domycw/status/1311169170147438594?s=20

Sedangkan individu yang pulang daripada luar negara perlu menjalani kuarantin wajib walaupun disahkan negatif dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Adakah mereka yang pulang daripada luar negara membawa virus yang berlainan?” soal netizen.

Menjawab pertanyaan dan kekeliruan itu, Dr Noor Hisham kemudiannya menjawab dengan penjelasan yang juga berakhir dengan persoalan.

“Semua yang pulang daripada Kedah perlu dikuarantin walaupun Zon Merah hanya di Kota Star dan disahkan negatif? Bunyinya seperti kita kembali ke titik permulaan PKP.” soal beliau.

Ketika dicadangkan agar pihak berkuasa melaksanakan kembali sekatan perjalanan dalam negeri, Dr Noor Hisham kemudiannya membalas dengan ciapan penuh misteri.

“Apa kata kita semua kembali berada di rumah buat sementara waktu sekali lagi?”  soal beliau sekali lagi kepada cadangan tersebut.

photo_2020-10-01_17-09-31

Ciapan tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan maksud sebenar sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak dapat memastikan apakah ciapan itu sekadar soalan atau pun cadangan.

Apa-apa pun DG Tan Sri Noor Hisham dijangka akan mengadakan sidang media pada jam 5.30 petang ini dan sama-sama kita nantikan sekiranya ada penjelasan daripada beliau mengenai perkara itu.

[Kemaskini] Penjelasan di bawah adalah komen yang diberikan sendiri oleh Dr Noor Hisham dalam sidang media petang tadi bagi menjawab persoalan terdahulu.

Mengulas mengenai ciapan yang dibuatnya awal pagi tadi, beliau menjelaskan ianya hanyalah sekadar ingatan buat seluruh rakyat Malaysia untuk berada di rumah jika tiada urusan penting.

“Perkara itu bukan perkara baharu ketika saya ‘tweet’.

“Sekali lagi saya nasihat rakyat Malaysia yang tidak ada urusan penting dinasihatkan duduk di rumah.

“Kalau kita nak keluar dari rumah kerana ada urusan penting, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Itu tujuan utama saya ‘tweet’, hanya memperingati rakyat Malaysia untuk duduk di rumah kalau tiada urusan penting,” katanya pada sidang media Covid-19 seperti dipetik Harian Metro petang tadi.

Baca juga perkembangan semasa mengenai COVID-19 dalam negara di pautan di bawah. 

Tiga Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Beri ‘Amaran’ Kepada Pengunjung Selepas Catat Kes COVID-19

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat