Apabila ada yang mencanang agar anak muda melupakan pengajian dan tumpukan kepada perniagaan, ramai yang teruja dan mahu ikut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, sebelum keputusan itu diambil kami mahu anda baca dan fahami pesanan dari Mohd Fazreen Jasni, seorang usahawan muda yang makin dikenali dan kreatif ini.

_________________________________________

Jangan Dropout.

Menjadi salah seorang yang memegang title dropout membuatkan saya menerima banyak pertanyaan seperti “Perlu ke saya berhenti belajar dan fokus bisnes?” daripada orang ramai terutama pelajar pelajar politeknik, kolej dan universiti.

But first, biar saya stress kan di sini yang saya dropout UiTM bukan sebab saya nak buat bisnes. Saya bekas pelajar Mechanical Engineering. Seandainya ada orang mengatakan bertapa susahnya subjek engineering saya setuju. At least untuk saya, subjek-subjek Engineering memang susah.

Untuk pengetahuan semua, jurusan Engineering memerlukan 4 tahun (Ijazah) bersamaan 8 semester. Saya dropout pada semester ke 10. Ada 2 extra semester di situ. Saya dropout disebabkan saya MALAS tulis thesis FYP.

Dua extra semester itu adalah tempoh extend saya HANYA untuk tulis thesis FYP. Yang mana dalam masa 2 extra semester itu saya bayar yuran UiTM dan lepak duduk rumah sahaja. Tidak berjumpa Supervisor FYP dan satu huruf pun saya tak taip untuk thesis saya. Subjek subjek lain semua saya lulus sebelum tamat semester akhir (semester 8). My CGPA is good.

Saya bukan dropout sebab saya tak boleh carry subjek Engineering.

Saya bukan dropout sebab saya nak buat bisnes.

Saya dropout sebab saya malas tulis thesis.

Saya dropout sebab objektif saya bukan nak kejar ijazah.

Saya dropout sebab saya tahu saya boleh hidup dengan bakat saya.

Sampai sekarang saya belum jumpa lagi orang dropout macam saya – duduki semua peperiksaan, lulus dan dropout disebabkan malas siapkan FYP.

Jadi, setiap kali pelajar pelajar tanya saya perlu ke mereka dropout untuk buat bisnes, Saya jawab TIDAK PERLU.

Universiti, Politeknik dan Kolej ialah fasiliti yang bagus untuk anda berbisnes. Berbalik kepada asas orang bisnes. Orang bisnes kerja mereka ialah berkawan kawan sesama orang bisnes. Seandainya anda mahu berbisnes dan anda tidak mampu berkawan kawan dengan orang orang besar di Universiti, anda “missing a gold.”

Kawan-kawan anda di universiti mungkin jadi SOMEBODY pada masa hadapan yang boleh anda jadikan network untuk membesarkan bisnes anda.

Pergi sambung belajar, berkawan dengan semua orang, orang orang atasan hatta makcik kafe di fakulti anda. Anda tidak pernah tahu apa yang mereka boleh sumbangkan apabila anda lakukan bisnes nanti.

Universiti bukan alasan untuk anda tidak boleh berjaya dalam bisnes sambil belajar. Saya tahu sebab saya dah buat.

Dropout juga bukan faktor utama anda berjaya dalam bisnes.

Abaikan media massa yang suka highlight orang dropout berjaya. Ramai lagi yang dropout yang masih tak berjaya.

I never carry my dropout title around sebab saya tak mahu orang ikut perangai negatif saya. Siapa yang tahu, dia tahu. Enough.

Sekarang, seandainya anda lakukan bisnes sambil belajar, susun jadual anda dengan baik. Know your road map, know where you are heading at.

There is nothing wrong with education, it just people attitudes.

Credit : Mohd Fazreen Jasni, dengan izin.

_____________________________________

Like page The Vocket di Facebook