Setiap individu pastinya mahu mencapai kejayaan. Malah, sejak kecil lagi setiap murid dititikberatkan isu pendidikan dalam usaha meraih keputusan yang cemerlang untuk berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah dan universiti seterusnya tempat kerja yang baik.

Di sebalik saranan ibu bapa serta guru dalam mengajak para murid berusaha keras, terbaharu tular sebuah perkongsian di TikTok yang menyaksikan segelintir individu khususnya dari generasi-Z yang seolah menormalkan tiada kejayaan juga mampu menjadi kaya serta mempunyai kereta mewah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@paahcantekk

apa khabar πŸ˜— #fyp #foryourpage

♬ suara asli – π˜½π˜Όπ™ˆπ˜½π™Š π™€π™Žπ™π™€π™Žπ™π™Šπ˜Ώ πŸŒ€ – ππƒπ‡πŽπ“

https://www.tiktok.com/@beyngohhh04/video/7189967449779981594?q=apa%20khabar%20murid%20target&t=1674542857858

Perkongsian yang seolah berunsur provokasi daripada beberapa individu ini sekaligus telah menjadi trend serta perbalahan antara individu yang pernah menjadi pelajar harapn sekolah dengan mereka yang mendakwa tidak melanjutkan pelajaran namun masih mampu meraih pendapatan yang lumayan.

Tidak hanya menerusi video, malah di ruang komen juga terdapat segelintir pengguna TikTok yang mendakwa pelajar target atau pelajar harapan sekolah kini sedang bergelut menghabiskan degree sambil dibebani hutang PTPTN. Berikut merupakan respon terhadap video berkenaan serta mereka yang kurang bersetuju dengan kenyataan yang dibuat.

Situasi ini menjadi lebih ‘panas’ apabila terdapat pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tampil dengan video jawapan balas beserta karier profesional mereka beserta komen yang lebih profesional.

@eriensyaza

Untuk adik2 dkt luar sana, jangan pernah berhenti belajar, ilmu yg kita akan bawak masuk kubur nnti, bukan kereta 🫢🏻🫢🏻

♬ suara asli – π˜½π˜Όπ™ˆπ˜½π™Š π™€π™Žπ™π™€π™Žπ™π™Šπ˜Ώ πŸŒ€ – ππƒπ‡πŽπ“

@trcyjntm

“Education influences and shapes our value systems, characters and destinies β€” and it makes life more resourceful, rewarding and meaningful.” – Dr. T.P.Chia

♬ suara asli – π˜½π˜Όπ™ˆπ˜½π™Š π™€π™Žπ™π™€π™Žπ™π™Šπ˜Ώ πŸŒ€ – ππƒπ‡πŽπ“

“Khabar baik. Alhamdulillah. Sudah habis degree dengan full scholarship PTPTN. On the way jadi pendidik untuk didik anak-anak awak nanti” ulas seorang netizen.

Diharap perbandingan antara pendidikan dan kekayaan ini tidak menjadi ukuran kerana pendidikan sememangnya amat penting untuk kehidupan. Malah, tidak menjadi kesalahan untuk melanjutkan pelajaran meskipun pada usia lanjut.

Perkongsian seperti ini secara tidak langsung mungkin memberi kesan kepada generasi muda untuk tidak mementingkan pendidikan sebaliknya sekadar memfokuskan kepada kekayaan semata-mata.