The Najib Razak Club 11 atau lebih dikenali sebagai NRC11 ialah satu pertubuhan yang diwujudkan dibawah pemerintahan kerajaan sebelum ini bertujuan untuk memupuk nilai murni dalam komuniti setempat.

Usaha ini dimulakan dengan memperkenalkan program motivasi ‘Saya Bagus’ bertujuan untuk mentransformasikan minda masyarakat ke arah negara maju.

Penglibatan anak-anak muda yang menyumbang tenaga sebagai kakitangan sukarelawan untuk menjayakan aktiviti kemasyarakatan seperti Soup Kitchen, gotong-royong, aktiviti pembangunan belia dan pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris telah bermula sejak 2011 lagi.

Ianya sememangnya pertubuhan yang baik untuk menjaga komuniti setempat. Setelah perpindahan tampuk pemerintahan ini, adakah NRC11 masih lagi akan aktif untuk memupuk nilai murni dalam komuniti setempat?