Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada minggu lalu pihak kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan penawaran moratorium sehingga enam bulan buat semua individu tanpa syarat.

Menerusi pengumuman yang dibuat, isu mengenai moratorium aktif dibincangkan di media sosial dalam mengulas soal releven atau tidak mendapatkan duit moratorium.

Sementara itu, pengguna Facebook iaitu Azizul Azli Ahmad selaku individu yang kerap membincangkan soal kewangan tampil berkongsi lima tip berguna dalam memanfaatkan duit moratorium yang dipohon. Berikut antara cadangan yang dikongsikan beliau.

1. Buat simpanan Dana Kecemasan

duit moratorium

Sumber: majalah pa&ma

Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan maka kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan. Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.

Jika masih ada gaji, guna duit gaji, jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja! Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!

2. Selesaikan hutang kad kredit

Kad kredit pilihan

Sumber: duit kertas

Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat. Mengapa kad kredit? Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.

3. Selesaikan baki hutang kecil

Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, syarikat yang baik maka cuba selesaikan mana-mana hutang yang mampu dan paling kecil dahulu. Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan salah satu daripada empat hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.

4. Ambil kembali emas yang dipajak di Ar-Rahnu

Pajak-Emas-Untuk-Tunai-scaled

Sumber: ar-rahnu express

Kadar yang dikenakan oleh Ar-Rahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun sudah jadi 15.7% . Sangat tinggi kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali di rumah kita.

5. Laburkan kembali

duit moratorium

Sumber: facebook azizul azli ahmad

Tip ini sesuai bagi individu yang mahir dengan pelaburan sahaja dan bukan untuk yang baru nak cuba. Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur.

Jika ini pelaburan pertama anda di mana anda sekadar mengikut telunjuk ‘sifu’ yang mendakwa mampu beli rumah bermodalkan RM3,000 elok lupakan sahaja, ini bukan masanya. Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Ketahui juga bagaimana pampasan kenderaan total loss dikira menerusi perkongsian perancangan kewangan ini.

Perancang Kewangan Kongsi Bagaimana Pampasan Kenderaan ‘Total Loss’ Dikira

13 Cara Perbaiki Diri Dan Kewangan Di Zaman Ekonomi Gawat

Artikel di atas disumbangkan oleh Azizul Azli Ahmad. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka