Hari ini bermulanya tayangan rasmi untuk filem yang paling dinantikan tahun ini, Avengers: Infinity War. Di sinilah titik pertemuan bagi hampir semua filem Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dimulakan filem Iron Man 10 tahun yang lalu.

Kami sangat bertuah apabila mendapat peluang menjadi antara yang terawal untuk menyaksikan filem ini. Terima kasih buat pihak Disney Malaysia. Selepas tamat sahaja menonton filem ini, kami termenung sebentar, cuba untuk hadam apa yang kami sudah tonton sebentar tadi. Anda pasti tidak bersedia dengan ‘kejutan’ yang disajikan dalam filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang anda tonton pada trailer rasmi yang dikeluarkan pihak Marvel Studios hanyalah 1% daripada jalan cerita filem Avengers. Trailer Avengers: Infinity War langsung tidak mendedahkan plot filem ini dan jika anda rasa anda boleh ramal perjalanan filem ini berdasarkan trailer sahaja, anda silap. Di bawah ada ulasan kami untuk Infinity War ini (non-spoiler review).

1. Character development

Infinity War 1

Setiap watak Avengers mendapat peluang yang sama untuk menyinar dalam Infinity War dan setiap watak (secara berkumpulan) mempunyai sub-plot yang berlainan. Namun matlamat mereka tetap satu; mengalahkan Thanos. Infinity War akan bermula dengan babak end credit filem Thor: Ragnarok. Jadi jika anda belum tonton filem Thor: Ragnarok, sila tonton terlebih dahulu.

Gandingan Spider-Man dan Iron Man diteruskan seperti mana dalam filem Spider-Man: Homecoming dan dalam Infinity War, barulah anda akan faham kenapa Marvel perlukan watak Spider-Man dalam filem ini. Jika Sony Pictures tidak melepaskan hak milik watak Spider-Man kepada Disney, pastinya Infinity War akan kurang kick.

2. Gandingan mantap Thor dan Guardians Of The Galaxy

Infinity War 2

Patutlah filem Thor: Ragnarok mempunyai feel fun yang sama seperti Guardians Of The Galaxy (GOTG). Rupanya mereka akan digandingkan bersama dalam Infinity War dan gandingan ini memang sangat awesome! Anda pastinya akan pecah perut setiap kali adegan GOTG dan Thor ini keluar.

Rocket Raccoon dan Groot turut menjadi watak penting dalam Infinity War kerana mereka berdua akan membantu Thor menyelesaikan masalah ‘kekuatannya’ selepas musnahnya senjata kesayangan beliau, Mjolnir.

3. Di manakah Soul Stone?

Infinity War 3

Lima batu Infinity sudah didedahkan oleh Marvel dalam filem-filem Marvel sebelum ini dan hanya tinggal batu Soul Stone yang masih belum ditemui. Jika anda mendengar pelbagai khabar angin dan theori dan Soul Stone sebelum ini, semua teori berkenaan salah dan Soul Stone sebenarnya terletak di satu lokasi yang langsung anda tidak dapat jangka.

4. Thanos

Infinity War 4

Watak paling prominent dalam Inifinity War. Beliau adalah villain Marvel paling badass dan terkuat setakat ini! Walaupun tanpa sebarang batu Infinity, beliau tetap dapat menawan setiap planet yang beliau mahu. Cuba bayangkan apa pula yang dapat beliau lakukan jika berjaya mengumpulkan kesemua Infinity Stones?

Ini hanyalah sebahagian highlight menarik dalam filem ini. Dua Tweet ini dapat menerangkan keseluruhan filem Avengers: Infinity War ini secara ringkas. Ianya padat dengan aksi, lawak yang bersahaja kena pada masanya, sarat dengan babak penuh emosi serta penamat yang pasti akan buat anda berfikir, apakah nasib para Avengers selepas ini?

Apa yang akan terjadi kepada para Avengers? Itu anda perlu tonton sendiri di pawagam. 10 tahun Marvel merancang dengan teliti untuk menghasilkan karya hebat ini dan ianya langsung tidak mengecewakan. Kami beri rating 9/10 untuk filem Avengers: Infinity War.

Setiap individu pasti mempunyai rating mereka yang tersendiri tetapi bagi kami, kami terhibur dan tidak sabar menantikan sambungan Avengers yang akan datang. Tahniah Russo Brothers untuk filem yang hebat ini!

P/S: End credit Marvel kali ini adalah end credit terbaik Marvel setakat ini. Jadi jangan keluar awal selepas habis tayangan atau anda akan menyesal.