Setahun dinantikan peminat, akhirnya siri terbaru Apple iPhone disahkan bakal dilancarkan secara rasmi menerusi khas Apple pada 14 Oktober ini jam 1 pagi. Acara khas ini dilaporkan bakal menampil beberapa model iPhone daripada siri iPhone 12 dengan saiz, spesifikasi serta harga yang berbeza.

Berdasarkan ura-ura, dilaporkan sebanyak empat model bakal dilancarkan menampil iPhone 12 mini dengan skrin 5.4-inci, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dengan skrin 6.1-inci serta iPhone 12 Pro Max dengan skrin 6.7-inci. Kehadiran warna terbaru iaitu Navy Blue antara yang membuatkan orang ramai teruja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas dari segi processor, kesemuanya bakal dikuasakan oleh Apple A14 Bionic. Dalam pada itu, dikatakan cuma model pro bakal ditawarkan dengan rangkaian 5G manakala iPhone 12 Mini dan iPhone 12 cuma hadir dengan rangkaian 4G.

Setakat ini, masih belum terdapat harga rasmi bagi siri iPhone terbaru. Dalam pada itu, dikatakan iPhone 12 Mini dijangka bakal ditawarkan dengan harga tidak sampai RM3,000. Selain itu, model-model iPhone terdahulu daripada Apple dijangka bakal turut mengalami penurunan harga.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi iPhone sebelum anda boleh mendapatkannya seawal penghujung Oktober atau awal November di Malaysia.

Selain itu, ura-ura awal mengenai teknologi terbaru Apple dilaporkan bakal ditawarkan pada iPhone 13 Pro yang dilancarkan pada tahun hadapan.

Apple iPhone 13 Pro Dijangka Bakal Diperkenalkan Dengan Sokongan ‘120Hz Pro Motion’

6 Perkara Anda Wajib Semak Sebelum Membeli Apple iPhone