Hampir tiga bulan selepas pelancaran Apple iPhone X, nampaknya ura-ura terbaru mengenai model terbaru iPhone telahpun hadir. Berdasarkan laporan daripada MacRumours selaku pengalisa model terbaru iPhone, berikut merupakan apa yang pengguna boleh jangkakan daripada model terbaru iPhone yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Seperti yang anda tahu, Apple iPhone X merupakan model yang bakal dijadikan model contoh buat model-model seterusnya keluaran Apple. Pertamanya, para pengguna nampaknya perlu beralih daripada menggunakan home button kepada iPhone dengan bezelless display.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

face-id-promo3

Penggunaan TrueDepth 3D sensor turut membolehkan pengguna menggunakan FaceID sepertimana Apple iPhone X. Dalam pada itu, difahamkan Apple berminat untuk mengecilkan saiz notch pada model terbaru berbanding notch yang tersedia pada iPhone X.

Dari segi pengeluaran model, para penganalisa menjangkakan tiga model iPhone bakal dikeluarkan pada tahun ini. Sebuah model yang menggunakan paparan LCD mungkin bakal menjadi generasi kedua iPhone SE dan dua model yang hadir dengan model bersaiz iPhone X dan iPhone X Plus. Oh ya, model terbaru iPhone juga bakal menjadi model pertama yang bakal disertakan dengan RAM 4 GB.

Rekaan konsep Apple iPad Pro

Penggunaan FaceID juga dijangkakan bakal diperluaskan buat Apple iPad Pro 2018. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang tanda harga buat ketiga-tiga model Apple iPhone yang bakal dikeluarkan pada tahun ini. Agak-agak apa lagi inovasi yang bakal diperkenalkan Apple pada tahun ini?

Sumber