Di saat Apple sedang bekerja keras dalam melancarkan siri iPhone 12 pada akhir tahun ini, nampaknya ura-ura bagi iPhone 13 yang dijangka bakal diumumkan pada akhir tahun hadapan sudah mula tertiris.

Menerusi siri iPhone 13, Apple sekali lagi bakal memfokuskan pada bahagian kamera dengan menawarkan empat lensa yang terdiri lensa wide-angle, telephoto, ultra-wide dan anamorphic.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →
Major-iPhone-12-Pro-5G-leak-reveals-new-camera-design-and-LiDAR-scanner

Sumber: FR24

Bukan itu sahaja, Apple juga dijangka bakal menawarkan sensor yang lebih besar menerusi iPhone 13 dimana lensa wide-angle ditawarkan dengan sensor 64-megapixel manakala tiga lagi lensa dilengkapi dengan sensor 40-megapixel. Dalam erti kata lain, pastinya kita akan dapat lihat kualiti gambar yang lebih baik menerusi model terbaru iPhone selepas ini.

Setakat ini berita ini hanyalah sekadar ura-ura walau bagaimanapun sedikit sebanyak dapat memberi bayangan buat anda yang bercita-cita untuk bertukar kepada iPhone baharu pada masa akan datang.

Lihat juga rekaan konsep iPhone Flip yang berjaya membuatkan orang ramai teruja. Turuut dikongsikan, rekaan dan spesifikasi iPhone 12.

Tonton Rekaan Konsep iPhone Flip Yang Berjaya Membuat Orang Ramai Teruja

Hampir Pasti, Inilah Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan iPhone 12 Pro

Anda Mungkin Suka