Mobile World Congress atau lebih dikenali sebagai MWC bakal berlangsung pada 22-25 Februari 2016 ini di Barcelona. MWC ini merupakan platform bagi syarikat syarikat yang membekalkan peranti pintar mempamerkan teknologi terbaru mereka.

Teknologi terbaru dari telefon pintar antara topik utama setiap kali menjelang MWC.

Kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu jangkakan sempena MWC 2016 yang akan berlansung 2 minggu sahaja lagi:

Xiaomi Mi5

Xiaomi bakal mempamerkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi5 pada 24 Februari ini.

Pengarah urusan Xiaomi iaitu Hugo Barra menjanjikan Xiaomi Mi5 bakal tampil dengan telefon pintar terbaik mereka dengan kata kata “All you ever imagined, and more.”

Ura-ura mengatakan Xiaomi Mi5 bakal tampil dengan RAM 4GB dan cip pemprosesan Snapdragon 820 64bit.

Samsung Galaxy S7 / Samsung Galaxy S7 Edge

uRuwXSz

Samsung selalunya akan menggunakan MWC sebagai platform untuk mengumumkan telefon pintar mereka kepada orang ramai.

Seperti juga pada tahun lepas dimana Samsung mengumumkan dua telefon pintar mereka iaitu Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge, pada tahun ini nampaknya mereka akan melakukan perkara yang sama dengan Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.

Butiran tentang telefon pintar terbaru Samsung ini ada dikongiskan sini: Samsung Galaxy S7 Bakal Hadir dengan Rekabentuk Yang Berbeza

LG G5

Pihak LG nampaknya mahu mengumukan telefon pintar utama mereka lebih awal pada tahun ini.

Jika diikutkan pada trend sebelum ini, LG akan mengumumkan telefon pintar terbaru mereka pada bulan May dan Jun.

Teknologi Skrin Sentiasa Aktif dari LG menjadi topik hangat sempena LG G5 pada kali ini.

Apa yang lebih menarik tentang MWC pada kali ini adalah, Samsung Galaxy S7 dan LG G5 bakal diumumkan pada hari yang sama iaitu 21 Februari.

HTC One M10

HTC One M10 kemungkinan akan diumumkan pada MWC pada kali ini.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan HTC One M10 akan diumumkan pada bulan 3 ini.

Kemungkinan teknologi-teknologi terbaru dari HTC bakal diumumkan terlebih dahulu sempena MWC pada kali ini.

Daripada apa yang kami tahu, HTC One M10 yang bakal diumumkan nanti bakal menjadi game changer buat telefon pintar HTC.

Project Ara

Project Ara juga kemungkinan akan mengumumkan PhoneBlocks mereka pada MWC kali ini.

PhoneBlocks merupakan telefon pintar dimana ada boleh mengubahsuai sendiri komponen-komponen telefon pintar tersebut sendiri. Sebuah perubahan yang besar buat industri telefon pintar.

Virtual Realiti dan Smartwatch

Teknologi terbaru untuk Virtual Realiti bakal diumumkan. Kemungkinan akan lebih memfokuskan kepada resolusi yang lebih besar dan grafik yang lebih detail.

Samsung antara yang akan mengumumkan virtuali realiti terbaru mereka di dalam acara Unpacked pada 21 Februari ini.

Kami juga menjangkakan smartwatch atau jam pintar yang baru akan diumumkan pada MWC kali ini yang lebih memfokuskan kepada features jam pintar itu sendiri.

Sumber