Ketakutan dan kegelisahan sedang menyelubungi Indonesia setelah laporan 53 orang anak kapal yang berada di dalam kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali pada awal Rabu lalu. Sejak itu, dunia mula memberi bantuan dan operasi menyelamat sedang berlangsung.

KRI Nanggala-402, kapal selam buatan Jerman berusia puluhan tahun yang hilang itu terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu, kata jurucakap tentera Indonesia Achmad Riad kepada media tempatan. Kementerian Pertahanan Indonesia  dalam laporan menyatakan bahawa kapal selam itu pada mulanya meminta izin untuk menyelam dan sejak itu, tiada khabar dari mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Misi pencarian kini sudah memasuki hari ketiga dan masa adalah faktor yang paling penting buat pasukan yang bertanggungjawab dengan operasi menyelamat. Kini apa yang dirisaukan oleh ketua staf angkatan laut Indonesia Laksamana Yudho Margono adalah bekalan oksigen di dalam kapal selam terbabit hanya mampu bertahan selama 72 jam dan mengikut perkiraan mereka, oksigen akan habis pada pagi Sabtu esok.

2021_04_22_112623_1619054508._large
The Jakarta Post

Sejak berita ini mula tersebar, Indonesia sudah mengerahkan beberapa aset ketenteraan seperti kapal perang, penyelam, dan anggota pencari dan penyelamat dalam usaha untuk menjejaki kapal selam terbabit. Tetapi sehingga kini kerajaan Indonesia masih belum dapat menjejaki kapal selam yang membawa 53 tentera Indonesia terbabit.

Dalam laporan lain pula menyebut bahawa sebuah helikopter berjaya menjejaki tumpahan minyak di sekitar kawasan perairan Bali pada awal Rabu, namun gagal untuk menjumpai jejak kapal selam terbabit. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa KRI Nanggala-402 sudah menyelam melebihi paras selamat iaitu 500 meter ke bawah.

Kini ramai negara yang sudah menghulurkan bantuan. Singapura, Australia, India, Malaysia dan beberapa lagi negara lain sudah mengerahkan aset mereka dalam usaha untuk menjejaki KRI Naggala dan 53 anak kapal.

AP21111517384557
Free Malaysia Today

Rintangan yang perlu mereka hadapi dalam mencari kapal selam terbabit adalah teknologi yang sangat terhad. KRI Naggala adalah kapal selam tua yang tidak mempunyai peralatan yang tepat yang membolehkan para kru menyelamatkan diri jika berada dalam situasi genting.

Frank Owen dari Institut Kapal Selam Australia berkata, “Sekiranya kapal selam berada di dasar laut dan jika mereka berada di kedalaman air yang dalam, maka tidak banyak yang dapat mereka [pasukan menyelamat] lakukan untuk mengeluarkan anak kapal,” katanya kepada ABC News.

“Satu-satunya cara untuk mengeluarkan anak kapal adalah dengan menyelamatkan kapal selam dan itu adalah proses yang sangat panjang,” tambahnya, yang bermaksud pasukan penyelamat harus mengangkatnya keluar dari permukaan air terlebih dahulu.

3996676463
Kompas

Ketua Staf Angkatan Laut (KSAL), Yudo Margono pula memberitahu bahawa tiada bukti kukuh bahawa kapal selam itu sudah tenggelam. “Pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari serta menyelamat KRI Nanggala 402 secara intensif dan diharapkan dapat mengesan lokasi kapal selam itu sebelum esok (Sabtu). Sehingga kini, belum ada bukti yang menunjukkan kapal selam itu sudah tenggelam, maka Tentera Nasional Indonesia (TNI) tidak akan membuat kesimpulan mengenai keadaan Nanggala 402,” katanya.

Untuk rekod, TNI sudah menjelajahi semua kawasan perairan utara Bali dalam usaha menjejaki kapal selam terbabit. “Mudah-mudahan, dengan semua sumber yang kita sudah kerah, dapat mempercepatkan untuk mengetahui kedudukan [kapal selam] itu,” kata ketua Pusat Maklumat TNI (Kapuspen), Mejar Jeneral Achmad Riad dalam sidang media di Bali.

Kapal Dayang Topaz karam di Miri, lebih seratus kru terjun ke laut sebelum diselamatkan APMM. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kapal Dayang Topaz Karam Di Miri, Lebih Seratus Kru Terjun Ke Laut Sebelum Diselamatkan APMM

3 Kisah Kapal Yang Ditinggalkan Terbengkalai Buat Selama-Lamanya

Kisah Tukang Kayu Bina Replika Bahtera Nabi Nuh Selama 7 Tahun