Setiap kali tibanya hujung minggu, mesti akan termenung sebab bosan di rumah dan tidak tahu ingin pergi ke mana atau buat apa. Sebelum ini, kami pernah terjah SuperPark Malaysia yang terletak pusat membeli-belah Avenue K, Ampang.

Difahamkan, SuperPark Malaysia akan mula dibuka semula pada 3 Julai 2020 ini selepas beberapa bulan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mengunjungi SuperPark Malaysia ini, tidak perlu risau kerana beberapa langkah dan prosedur akan dilakukan. Anda akan menjalani pemeriksaan suhu wajib pada waktu kedatangan, penjarakan sosial dalam barisan dan aktiviti serta kapasiti rendah dalam satu sesi.

Malah, sanitizer juga akan disediakan di setiap stesen dan akan dibersihkan untuk membasmi kuman. Para pengunjung dan pekerja juga akan memakai face mask sepanjang berada di SuperPark.

Screenshot 2020-07-01 at 10.56.04 AM

Sebelum terlupa, terdapat 4 sesi sehari dan anda dinasihatkan beli secara atas talian untuk mudahkan anda. Sesi tersebut ialah sesi A pada jam 11 pagi hingga 1 petang, sesi B pada jam 1.15 petang hingga 3.15 petang, sesi C pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang dan sesi D pada 5.45 petang hingga 7.30 petang.

Untuk pengetahuan anda, 15 minit akan diambil untuk sanitize setiap tempat selepas sesi tamat. Dapatlah anda berhibur tanpa perlu rasa risua. Bolehlah terjah SuperPark hujung minggu ini.

fbmVu0EA

o7E-4IHg

ToYCUurw

WdsjjOHA

Anda yang berada di ibu kota dan tidak tahu ingin ke mana hujung minggu juga boleh ke KL Bird Park. Dengar cerita ada promosi menarik! Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

KL Bird Park Tawar Promosi Tiket Masuk Serendah RM6 Sehingga 31 Julai 2020

KL Hop-On Hop-Off Kembali Tawarkan Tiket Secara Percuma Sehingga 30 Jun 2020

Cuma 24km Dari Kuala Lumpur, Resort Taman Rimba Komanwel Rawang Tawar Pengalaman Unik Buat Pengunjung