Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sememangnya menjadi idaman buat semua untuk membeli hartanah yang berbaloi dan selesa untuk didiami seisi keluarga. Namun, jarang ada perumahan yang menawarkan elemen keselesaan, rekaan, nature dan seni semuanya di satu tempat.

Eco Forest adalah perumahan yang mengambil berat semua aspek di atas. Ramai pembeli rumah di Eco Forest sebelum ini terpesona dengan perancangan perumahan ini yang unik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Apa yang ditawarkan di Eco Forest?

1. Central Park Seluas 25 Ekar untuk tujuan riadah

Sebuah taman berkeluasan 25 ekar untuk aktiviti riadah akan berada di tengah-tengah perbandaran Eco Forest yang menghubungkan Ebonylane, Hazelton, Birchpark dan Lindenway. Perumahan Eco Forest amat sesuai untuk anda yang cintakan alam sekitar dan pemandangan hijau lagi indah.

2. Kemudahan yang memuaskan setiap individu

Buat pembeli rumah, kedudukan Eco Forest dilihat strategik kerana kedudukan sekolah, kolej, stesen minyak, klinik, kedai makanan, dan tempat aktiviti luaran adalah sangat berhampiran. Tiada masalah sekiranya mahu mencari apa-apa di kala memerlukan.

3. Rekaan dan konsep rumah idaman

Setiap perumahan juga mempunyai keluasan serta deco luar yang unique. Bila anda berpindah nanti, anda mempunyai kebebasan untuk hias rumah dalaman anda. Jika anda mahu rumah anda dengan gaya minimalis pun boleh, dengan gaya English Home pun sesuai. Bukan itu sahaja, Eco Forest mempunyai pelbagai konsep inovasi rumah untuk keperluan anda.

4. Keselamatan

Semua kawasan kediaman di Eco Forest ini dilengkapi dengan kemudahan keselamatan yang sempurna. Bukan setakat ada pintu masuk keselamatan yang besar, malah pengurusan keselamatan juga 24/7. Anda akan dijaga dengan baik bila tinggal di sini. Paling menarik, siap ada akses RFID, CCTV 360°darjah dan sudah tentu tidak kurangnya rondaan Polis Bantuan EcoWorld.

Fasa terakhir Perumahan Bertanah Eco Forest – BIRCHPARK

Perumahan di Eco Forest sentiasa mendapat permintaan tinggi di mana rumah di fasa Ebonylane pun sold out! Tetapi ini peluang terakhir anda sekiranya mahu mendapatkan kediaman di Eco Forest menerusi fasa BIRCHPARK.

Terdapat 4 jenis rumah yang ditawarkan di BIRCHPARK untuk memenuhi keperluan keluarga masing-masing iaitu Artisan Homes, Garden Homes, Co-Home dan Alfresco Homes.

Apa keistimewaan bagi setiap jenis rumah yang ada di BIRCHPARK? Jom kita tinjau satu persatu.

I. Co-Home

Sesuai buat mereka yang mahukan privasi keluarga sendiri ataupun pembeli rumah pertama.

Co-Home adalah rumah inovasi daripada EcoWorld berkonsep rumah teres 2 tingkat untuk 2 pemilik berbeza yang mempunyai keluasan yang sama, satu di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat di atas.

Buat yang sudah berkeluarga tetapi pada masa yang sama hendak jaga ibu dan ayah, unit Co-Home memang pilihan tepat untuk anda. Privasi antara keluarga dan ibu ayah pasti terjaga.

Selain dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air, setiap unit di Co-Home didatangkan dengan 2 tempat letak kereta di hadapan rumah.

II. Artisan Homes

Sesuai buat mereka yang suka mendekorasi rumah yang luas.

Sesetengah orang suka renovate untuk meluaskan lagi ruang rumah. Tetapi setiap unit di Artisan Homes ini sudah fully extended. Tidak perlu lagi susah payah hendak buat renovation. Jimat!

Betapa luasnya rumah teres dua tingkat ini sehinggakan anda boleh gunakan setiap inci rumah sepenuhnya. Bayangkan anda pasang TV dan set sofa bentuk L sekalipun, masih banyak ruang yang anda boleh guna. Deco sampai puas hati.

Setiap unit mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Semua bilik tidur dilengkapi dengan tingkap besar untuk pemandangan yang lebih baik dan udara segar.

III. Garden Homes

Sesuai buat mereka yang mengimpikan sebuah rumah lengkap dengan private garden.

Dengan gabungan konsep rumah teres dan semi-D, setiap unit di Garden Homes didatangkan dengan private garden. Anda yang suka tanam pokok pasti suka ruang ini.

Selain itu, setiap unit dilengkapi konsep anjung kereta tanpa pintu pagar. Boleh letak 4 sehingga 6 buah kereta di depan rumah!

Ruang tamu dalam setiap unit di Garden Homes mempunyai susun atur yang terbuka dan cukup luas. Anda boleh buat gathering dengan keluarga dan rakan sepuasnya. Kalau waktu raya, pasti seronok sambut tetamu dengan keadaan ruang yang luas ini.

Guest room yang disediakan di tingkat bawah sesuai untuk golongan berusia, cukup besar dan selesa untuk mereka. Paling best, master bedroom di tingkat atas memang luas; sehinggakan anda boleh pasang rak baju besar untuk muatkan semua baju anda.

IV. Alfresco Homes

Sesuai buat mereka yang suka beraktiviti di halaman belakang rumah.

Dilengkapi dengan halaman belakang rumah seluas 10 kaki* – 20 kaki*, cukup untuk buat aktiviti ringkas di sini. Kalau hendak set up kawasan gym pun boleh. Seronok!

Setiap unit di Alfresco Homes turut dilengkapi konsep anjung kereta terbuka. Tidak perlu risau kalau keluarga besar sekalipun, anda boleh letak 4 buah kereta di depan rumah.

Impian anda untuk memiliki rumah idaman yang dikelilingi pohon menghijau bakal direalisasikan di Eco Forest. Rumah yang mana yang bertakhta di hati?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan hartanah ini, boleh hubungi pihak Eco Forest https://wa.link/e341x2. Untuk meninjau dengan lebih lanjut perumahan di Eco Forest, boleh layari laman rasmi Eco Forest https://bit.ly/ecoworld_ef_vk. Jangan tunggu lama-lama. Takut rumah yang anda berkenan dipinang orang.
*Tertakluk kepada terma & syarat

Berikut adalah beberapa artikel lain yang anda boleh baca di The Vocket. Klik pada pautan di bawah.

Awal Pagi Perlu Bantu Ibu Berniaga Pasar, Pak Cik Shell Jelaskan Sebab Pekerjanya Tertidur Semasa Bertugas

Segera ‘Cover’ Kepala Pesaing Selepas Tudungnya Tertanggal, Pesilat Malaysia Dipuji Ramai