OnePlus semakin mendapat di hati peminat telefon pintar ketika ini. Bermula dari OnePlus One, OnePlus 2 dan diikuti dengan OnePlus X. Boleh dikatakan semuanya mendapat sambutan yang baik meskipun syarikat ini masih baru bertapak di dalam industri telefon pintar.

Berikutan kejayaan OnePlus One yang berjaya menyediakan sebuah telefon pintar dengan harga mampu milik serta spesifikasi yang masih releven sehingga kini, peminat OnePlus seolah-olah tidak sabar untuk menantikan telefon pintar keluaran terbaru dari syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini OnePlus juga menyediakan survey dimana orang ramai dapat memberikan pendapat mereka tentang telefon pintar idaman mereka untuk direalisasikan pada OnePlus 3.

12376643_803561309749676_1456342472635333619_n

Berdasarkan kaji selidik yang dijalan OnePlus, majoriti pengguna impikan skrin AMOLED, pengimbas cap jari di bahagian hadapan serta fungsi kalis air.

Gambar tertiris daripada Antutu ini menunjukkan OnePlus 3 bakal memberi saingan hebat buat kepada Samsung Galaxy S7, HTC 10,Sony Xperia X Performance dan Xiaomi Mi 5.

Pada pendapat kami, spesifikasi ini sudah cukup untuk memberi keyakinan buat pengguna OnePlus sedia ada untuk beralih ke telefon pintar terbaru ini. Kualiti kamera yang dan rekabentuk yang menarik haruslah diutamakan.

Kemungkinan resolusi 1920×1080 akan menjadi bualan hangat memandangkan majoriti telefon pintar sekarang ini menggunakan resolusi yang lebih besar bagi menyediakan skrin yang tampak lebih jelas.

Jika harga yang ditawarkan OnePlus pada kali ini releven, tidak mustahil OnePlus 3 bakal menjadi flagship killer sekali lagi. Kami juga menantikan rekabentuk rasmi daripada OnePlus 3. Kemungkinan speaker akan berada di bahagian hadapan berdasarkan beberapa sumber.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi tentang tarikh keluar OnePlus 3 dan dijangka akan keluar sekitar bulan Ogos ini.